Friday, January 27, 2012

Welcome to Year 2012





Cepat masa berlalu. Tahun ini sudah masuk tahun 2012. Umur bumi pun sudah tua. Ada yang cakap tahun 2012 ni akan kiamat. Kiamat hanya Tuhan yang tahu. Kita semua kena bersedia. Banyak2 lah buat pahala.
Tahun 2012 pastinya banyak perkara2 yang menarik akan berlaku. Pastinya Kota Marudu tidak ketinggalan dalam pelbagai perkara. Acara2 kebudayaan dan sosial setiap tahun seperti Pesta Jagung, Pesta Kamaataan dan sebagainya akan menceriakan tahun 2012 ni.



Okey.. Tahun 2012 ni bakal berlaku Pilihanraya Umum Ke-13 Malaysia. Ni sangat2 penting kerna kita bakal mengetahui siapa yang memerintah Malaysia. Untuk Daerah KOTA MARUDU sama2 lah kita memilih calon yang bagus. Pastikan daftar mengundi. yang sudah daftar buatlah semakan di web SPR.







Setiap tahun juga musim banjir akan berlaku. Walaupun setiap tahun banjir tetapi masalah ini belum nampak jalan penyelasaiannya. Banjir tetap melanda Kota Marudu. Harap2 pihak yang terbabit mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini. Rasanya.. sudah berjuta kali dipanjangkan.


 Ada banyak lagi yang menarikk Lihat saja tahun 2012 ni.





0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...