Anda sudah kenal serba sedikit mengenai Kota Marudu? Saya harap pembaca2 semua terus mencari info2 mengenai Kota Marudu. hahahaha.
Entry kali ini sy mau bercerita pasal artis-artis yg berasal dari Kota Marudu. Ini pun setakat yang saya tahu melalui dengar2, face to face, dan carian di web. Maklumlah Kota Marudu tu kan besar dan ada juga melahirkan penyanyi, pelakon dan sebagainya. Mereka terkenal tidak kira di Sabah sahaja malah di seluruh Malaysia. hehehee. Cari di Youtube lagu2 yang dinyanyikan oleh mereka.
RUBISA BINTI TIASIN
NAMA PENUH: RUBISA BINTI TIASIN
ASAL: KOTA MARUDU, SABAH
TARIKH LAHIR: 18/07/86
BANGSA: BAJAU & BANJAR
STATUS: BERKAHWIN (ANAK 1)
AGAMA: ISLAM
Rubisa banyak mengikut pertandingan nyanyian di Sabah. Malah seringkali mewakili negeri Sabah dalam pertandingan nyanyian di Semenanjung. Namun mula dikenali seluruh rakyat Malaysia apapbila dia berjaya terpilih perserta akhir Mystarz LG 2007. Beliau dapat bertahan hingga ke final dalam program reality itu. Beliau mencuba untuk mengikuti One In a Million pada tahun 2009 namun cuma bertahan sampai ke peringkat top20. Tuah nampaknya menyebalahi beliau apabila percubaannya untuk Akademi Fantasia 7 2009 berjaya apabila terpilih dalam top14. Namun, dalam beliau tersingkir pada minggu ketiga.
Richado Tawith
Beliau cukup berbakat besar kerna mampu bernyanyi, mencipta lagu, bermain muzik dan sebagainya. Richado atau nama penuhnya Richado Tawith lahir pada 31 Ogos 1982 di Kota Marudu. Meminati bidang penciptaan lagu dan penghasilan muzik, dia mula mencipta lagu ketika berada di sekolah menengah. Pada tahun 2000, dia mendapat sokongan dan galakan daripada bapanya untuk mendalami bidang muzik (bapanya sendiri, Tawith pernah menjadi penyanyi satu ketika dahulu) dan mengambil bidang seni persembahan dalam jurusan Muzik di UMS. More Info baca disini: http://dbos-fm.blogspot.com/2007/01/richado-bakat-out-bound-dari-sabah.html
Ridah Malanjang
Untuk Ridah Malanjang pula kita semua boleh baca artikel dibawah. Thanks to dbos-fm atas artikel ini. Untuk menonton lagu2 Ridah sila cari saja di youtube. Jgn lupa beli yang original. ok
Amie Joba
Amie juga berasal dari Kota Marudu.
Juas Jangayan
Aldy Ayang
Hara Hanara Harun
Hara Hanara dari Tandek, Kota Marudu terpilih Di World Championship Of Performing Arts 2009 sebagai calon akhir peringkat negara Malaysia. Namun, beliau tidak terpilih. Seandainya beliau terpilih maka beliau akan ke Los Angeles sebagai wakil Malaysia. Malang sungguh sebab tiada dalam youtube persembahan beliau dalam WCOPA 2009 saringan peringkat akhir negara Malaysia. Cisss. kan... heheh
apa tidaknya lihatlah dengan siapa beliau bersaing dalam kategori VOCAL pada masa tu hehe...antara mereka adalah;
1. Siti Sarah (top3 OIAM),
2. Bob AF (sape x kenal dia ni..AF2),
3. Asmidah (orang cakap dia ada kaitan dengan Syafinaz),
4. Sean (adik kpd Vince AF1),
5. Putri Norizah(anak kepada Ibnor Riza. Kalau tak silap lah),
6. Hakim (orang cakap suara dia mcm Alicia Keys male version),
7. RajaFarah@Tom,
8. E-mey (baru 14tahun ),
9. Suib (rocker from Sabah)
10. Hara Hanara (berumur 16tahun masa tu berasal dari Kota Marudu)
Ronn Langad
Sheryll Josh
Sheryll, 22, dari Kota Marudu memiliki pakej tersendiri dengan wajah jelitanya tatkala kemerduan dan kelantangan suara sudah cukup untuk membuktikan betapa peluang terbuka luas. Lebih mesra dengan panggilan Sherr di kalangan keluarga dan rakan-rakannya, Sherr berazam untuk berjaya dalam apa jua bidang diceburi terutama nyanyian serta tidak mustahil mampu menjadi penghibur asalkan adanya usaha. Kelantangan suara Sherr terbukti semasa menjadi salah seorang finalis pada pertandingan akhir Sugandoi Kaamatan 2010 di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, Penampang baru-baru ini. Dua buah lagu disampaikannya iaitu sebuah lagu wajib Bontugo Tadau Kaamatan dan Sopirosi-Rosi sudah cukup membuktikan bakatnya biar pun nasib tidak menyebelahi untuk menjuarai pertandingan nyanyian sempena perayaan Pesta Kaamatan 2010 itu. Antara pertandingan pernah dikutinya adalah Sugandoi Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) 2009 di mana dia merupakan johan dan finalis KE Next Top Entertainer 2010 (Best Attire).
Setakat ini yang saya jumpa. kalau ada lagi nanti saya update. Nah... orang Kota Marudu juga berbakat. Harus diberi ruang dan peluang untuk menunjukkan bakat terpendam.
bah kamu macam mana? ada berani??
ramai jga artis dr kota marudu ni. bangga oh
ReplyDeleteada lagi satu artis kota marudu...his name is Sundian Sapaun, well known as Dyan. check it out!!
ReplyDeleteelvis saladan pun dari KM juga tu..pernah juga tercalon lagu dia dalam bontugan sinding..
ReplyDeleteC Amie Joba pernah mewakili daerah kota Marudu sugandoi peringkat negeri di kdca tahun 2006 Dan mendapat tempat ke-3 pertandingan itu....
ReplyDelete