Tuesday, January 18, 2011

Senarai Bank di Kota Marudu


Ramai juga yang mengeluh. Setiap kali berurusan dengan bank2 di Kota Marudu selalu saja urusan lambat, beratur panjang, dan lain2. Malah kadang2 urusan dibawa sampai keesokan harinya kerana setiap hari ramai orang. Agak kesian juga melihat orang2 yang datang dari jauh seperti dari kawasan bukit, hutan datang ke pekan Kota Marudu semata-mata untuk berurusan dengan bank. Bayangkan orang2 tua yang sudah bongkok datang ke bank untuk mengambil wang bantuan dari jabatan kebajikan untuk mereka. tetapi semasa mereka sampai di bank tetiba keadaan bank sangat sesak dengan orang ramai dengan pelbagai urusan. Oleh kerana sistem giliran digunapakai kerapkali urusan mereka terpaksa disambung esok. Adeiiii. Apa lagi kalau musim gaji pada hujung bulan. kesesakan ohhh.

Berikut adalah bank-bank yang ada di Kota Marudu. Semua ini terletak di Pekan Kota Marudu.
1. Bank Simpanan Nasional (BSN)- macam2 urusan Pilihan No. 1 warga Kota Marudu
2. Agro Bank - lebih kepada urusan dengan Petani
3. Alliance Bank - lebih kepada perniagaan

OMG. See ada tiga buah bank saja yang beroperasi. Mana Maybank, CIMB, RHB, dan lain2? kenapa tak buka cawangan di Kota Marudu? Memang seluruh warga Kota Marudu yang selalu berurusan dengan bank sedia maklum dengan keMALASan bank2 lain untuk membuka branch atau cawangan di Kota Marudu. alasan paling laris dipasaran yang diberikan oleh mereka ini ialah 'kami sedang cuba buka cawangan. mungkin tidak lama lagi', 'kami sedang tengok pasaran di Kota Marudu samaada ok atau tidak', dan mcm2 lagi. Yang pastinya mereka lebih mengutamakan keuntungan daripada berkhidmat untuk masyaralat luar bandar.

Kesannya.. untuk berurusan dengan bank2 lain terpaksalah pergi ke Kudat atau ke Kota Kinabalu. jauh tu.

Salah satu lagi tempat untuk duit2 ni adalah di Pejabat Pos Kota Marudu. tu siapa2 yang ada ASB lah.

Untuk pengetahuan, BSN Kota Marudu terpaksa membuat BSN bergerak dua kali seminggu ke Pitas dan Matunggong untuk memudahkan perkhidmatan orang disana.

Apa pun kami tetap berterima kasih kepada bank2 yang ada di Kota Marudu. Terima kasih!!

UPDATE TERKINI:: SEHINGGA OKTOBER 2012

1. Mesin ATM RHB ada terdapat di Stesen Petronas Kota Marudu
2. Bank Rakyat sudah mula beroperasi di Kota Marudu.
 



6 comments:

  1. Great post. Honesty highly praiseable

    ReplyDelete
  2. Sekarang ini selain drpd BSN,ALLIANCE BANK,DAN AGRO BANK,sudah ada BANK RAKYAT dikota marudu jadi kemudahan sdh bertambah dikota marudu

    ReplyDelete
  3. bilalah ada maybank sni kota marudu ni...sya sedih owhh

    ReplyDelete
  4. Please bukalah cawangan public Bank d kota Marudu...

    ReplyDelete
  5. Kota marudu tu banyak sdh bank,buatlah bank di tmpt yg belum ada contoh Pitas...Satu habuk pun teda😌

    ReplyDelete

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...