Thursday, May 24, 2012

Wow! RM60j agropolitan Kg. Gana


KOTA MARUDU 10 Mei - Sebuah projek agropolitan akan dibangunkan di Kampung Gana di daerah ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, untuk tujuan itu sebanyak RM60 juta akan diperuntukkan bagi melaksanakan projek berkenaan dalam waktu terdekat.

"Projek agropolitan ini kita kenal pasti tahun lalu dan sedang berunding dengan kerajaan negeri dari segi pelaksanaan dan ia hampir selesai," katanya pada sidang akhbar selepas majlis program Mesra Rakyat Bersama Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di Dewan Masyarakat Kota Marudu di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Matunggong, Sarapin Magana; ADUN Tandek, Anita Baranting dan ADUN Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail.

Menurut Shafie, projek berkenaan dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 penduduk di kawasan berkenaan.

"Pada masa ini, kita kenal pasti beberapa komoditi tanaman iaitu kelapa sawit dan getah tetapi saya difahamkan di sini kecenderungan mereka untuk getah kerana ia mudah dijaga, kos tidak besar dan harga agak stabil," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan meluluskan sebanyak RM22 juta bagi menaik taraf fasa keempat Jalan Gana di sini sepanjang kira-kira enam kilometer (km).

Ujarnya, sebelum ini sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan bagi menaik taraf jalan berkenaan sepanjang kira-kira 25 km.

P/S: Okey. Nanti kita tengok hasilnya nanti. ok.

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...