Tuesday, March 1, 2011

Keputusan STPM 2010: Syivero Patrick dari Kota Marudu Pelajar Terbaik Luar Bandar peringkat Kebangsaan!

Setiap tahun peperiksaan STPM akan diadakan. Ada yang cakap peperiksaan STPM antara yang paling susah di Malaysia. Peperiksaan di Universiti jauh lebih senang berbanding STPM. Tulah siapa yang lulus STPM dengan cemerlang tu mmg kira hebat. Memang tidak rugi anda bersusah payah study untuk lulus STPM sebab kalau sudah masuk Universiti anda akan relax sedikit. ok.



Syivero Patrick muncul di TV1 semasa ditemuramah wartawan.

Sebelum itu TAHNIAH kepada Syivero Patrick dari Kota Marudu yang bersekolah di SMK Kota Marudu kerana telah telah dianugerahkan sebagai pelajar terbaik luar bandar (peringkat Kebangsaan) bagi STPM 2010. Hebatkan!!! yahooooo. :) Terus dia jadi popular dan dikejar2 wartawan. Ramai peminat oh!! Bangga jadi warga Marudu kan.


Top13 Keputusan STPM 2010 bagi SMK Kota Marudu:
klik gambar untuk lebih besar




Top10 Keputusan STPM 2010 bagi SMK Tandek

klik gambar untuk lebih besar


Di Kota Marudu cuma SMK Kota Marudu dan SMK Tandek sahaja yang membuka kelas untuk Tingkatan 6. Nampaknya SMK Kota Marudu ada pesaingnya iaitu SMK Tandek. haha.
SMK Tandek sebenarnya baru membuka kelas untuk Tingkatan 6 pada tahun 2003. Manakala SMK Kota Marudu jauh lebih lama. Lepas ni bersaing secara sihat ok?? Memang sihat pun.

Petikan dari Akhbar Bernama:

Syivero Patrick dari SMK Kota Marudu Pelajar Terbaik Luar Bandar STPM 2010

Kesempitan hidup memaksa Syivero Patrick, 20 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Marudu, Sabah bekerja separuh masa setiap kali cuti hujung minggu bagi mencari duit poket dan perbelanjaan menampung kos persekolahannya.

Satu-satunya penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari Malaysia Timur itu berjaya mencatat keputusan 4A dengan memperoleh A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Geografi, Ekonomi dan Pengajian Perniagaan serta B dalam mata pelajaran Sejarah.


Menurut anak kelima daripada tujuh beradik itu, dia perlu bijak membahagikan masa antara kerja dan belajar supaya tidak tercicir dalam pelajaran bahkan perkara itu sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya.

“Walaupun saya tinggal di luar bandar dan jauh dari arus pembangunan namun, saya sedar hanya ilmu dan pendidikan yang mampu mengubah nasib saya serta keluarga yang sekian lama hidup dalam kesusahan,” katanya.

Dia yang bercita-cita menjadi akauntan atau guru berazam mahu membantu ibu bapa dan adik beradiknya selepas menamatkan pengajian nanti.

Ketika ditanya petua kejayaan yang diperoleh, Syivero berkata, dia hanya memperuntukkan dua jam setiap hari untuk mengulang kaji pelajaran selain daripada memberi tumpuan di dalam kelas.

“Saya terpaksa curi-curi masa untuk mengulang kaji pelajaran kerana selain bekerja sebagai tukang rumah, saya juga turut membantu ayah bekerja di kebun sayur bagi mendapatkan pendapatan yang lebih daripada biasa,” katanya.

Sabah boleh. Marudu pun boleh!!

Sumber:
http://smkkmsekolahimpian.blogspot.com/
http://www.smktandek.com/
Bernama




3 comments:

  1. Tahniah kepada semua!

    ReplyDelete
  2. syivero,sya dri smk1 skarang,yalah mau skap taniahlah

    ReplyDelete
  3. Hebat2 kmu oo... Abg ko pun hebat.. Si doktor Sylves :)
    Tahniah

    ReplyDelete

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...