MAXIMUS Ongkili (tengah) bergambar bersama peserta Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Parlimen Kota Marudu, Sabah, kelmarin.
KOTA MARUDU 1 Dis. - Golongan belia di negeri ini diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah kumpulan Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia (SSKM).
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, mereka juga perlu tahu apa kesannya jika kedua-dua negeri itu keluar dari Persekutuan.
“Tindakan (Sabah) keluar dari Malaysia akan memberikan kesan serius bukan hanya dalam kemampuan kita berdiri sebagai sebuah negara tetapi ancaman luar yang mahu merampas negeri ini.
“Oleh itu, saya merasakan adalah perlu supaya generasi muda tidak mudah terpengaruh sebaliknya mengkaji sendiri sejarah pembentukan Malaysia dan kenapa Sabah dan Sarawak perlu bersatu dalam Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Parlimen Kota Marudu Ke-12, di sini semalam.
Maximus yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berharap generasi muda menghargai perjuangan pemimpin yang terdahulu mahupun sekarang dalam usaha menya tupadukan Semenanjung, Sabah serta Sarawak demi kelangsungan hidup rakyat.
Selaku Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), beliau turut mengajak golongan muda untuk menyertai parti itu bagi sama-sama memantapkan perjuangan mempertahankan negara selain menentang tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh menghuru-harakan ne geri ini.
“Jangan biarkan kita terus ‘dibuai’ dengan anasir-anasir negatif yang wujud demi kepentingan politik seseorang pemimpin,” katanya
0 comments:
Post a Comment
Apa kata anda