Ada orang cakap.. Kota Marudu itu bandar kah, kota besar bangunan tinggi2 kah atau apa. Mungkin itu disebabkan nama 'Kota' itu membuatkan orang ramai tertanya tempat kita ni ada bandar besar. tetapi tidak. Kota Marudu tidak memiliki kota atau bandar yang besar. Sampai sekarang Kota Marudu masih dalam status 'Pekan'. namun begitu segala kelengkapan untuk keperluan asas dan sebagainya dapat menampung warganya sekitarnya.
Walaupun masih status pekan tetapi Pekan Kota Marudu ini menjadi tempat 'shopping' untuk warga daerah Pitas dan Matunggong (kudat). Malah seringkali dikunjungi oleh warga paitan dan sugut(Sandakan). Ini kerana pekan Kota Marudu adalah lebih hampir dengan tempat2 mereka. See...bukan calang2 juga Kota Marudu ni kan. walaupun Kota Marudu ni adalah pekan yang kecil tapi ia dapat beroperasi untuk pelbagai urusan seperti urusan kerajaan, perniagaan, sukan, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment
Apa kata anda