Sunday, January 26, 2014

500 PENDUDUK KG TIMBANG SATU SAROYO, KOTA MARUDU KINI NIKMATI BEKALAN AIR BERSIH



KOTA MARUDU, 12 Jan (Bernama) -- Lebih 500 penduduk Kampung Timbang Satu
Saroyo kini menikmati bekalan air bersih apabila sistem bekalan air graviti
dan sistem simpanan air hujan bagi Sekolah Kebangsaan Kampung Timbang Batu siap
sepenuhnya, sejak Disember lepas.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili
berkata sistem itu dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M)
dan Kelab Rotary Likas Bay (Rotary) dalam usaha membantu masyarakat menikmati
kemudahan asas itu, khususnya komuniti di luar bandar.

"Projek itu turut dijalankan daripada gotong royong komuniti membina
empangan bersama dua organisasi berkenaan.

"Kampung Timbang Batu Sarayo dan Sekolah Kebangsaan (SK) Timbang Batu kini
boleh mendapatkan air bersih daripada sistem graviti yang melibatkan pembinaan
empangan kecil di Sungai Kanarom yang terletak kira-kira dua kilometer serta
pemasangan paip penghantaran dari empangan ke kampung itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis pelancaran projek
bekalan air bersih Kampung Timbang Batu Sarayo dan SK Timbang Batu di sini, hari
ini.

Projek pembinaan empangan kecil dengan kos pembinaan keseluruhannya sebanyak
RM93,000 itu siap dalam tempoh dua bulan berakhir Disember lepas dan mampu
menampung antara 30,000 dan 50,000 liter air.

Ongkili yang juga Anggota Parlimen Kota Marudu berkata kerajaan sentiasa
mengalu-alukan sebarang usaha daripada syarikat korporat atau organisasi bagi
membantu memberikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.

Sementara itu, Guru Besar SK Timbang Batu Jubili Intang berkata bekalan air
bersih serta pembinaan dua tangki simpanan air itu sekali gus mengatasi masalah
bekalan air bersih yang dihadapi sejak tujuh tahun lalu.

"Dahulu kita hanya mendapat bekalan 800 liter sehari. Kini selain membina
tangki simpanan air yang mampu menampung 3,600 liter air, sekolah turut membina
tiga unit tandas untuk memberi keselesaan bukan hanya kepada tenaga pengajar
tetapi para pelajar di sekolah itu," katanya.

Bagi penduduk setempat, Rosniah Indung, 34, berkata beliau sangat berpuas
hati dengan sistem bekalan air graviti itu kerana sebelum ini terpaksa
menggunakan air sungai sebagai sumber air utama.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YR1M Ung Su Ling berkata projek itu
merupakan pertama bagi organisasinya sejak ditubuhkan 11 Jan lepas yang
berteraskan tiga konsep utama iaitu meningkatkan mutu kehidupan masyarakat,
pendidikan dan sukan.

Bagi Presiden Rotary Woo Soo Poo pula berkata bekalan air bersih yang stabil
sepanjang tahun ini akan mampu mengurangkan risiko penyakit-penyakit dari bawaan
air.

-- BERNAMA
NBK SZA RAM

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...