Thursday, January 23, 2014

Jadikan 2014 tahun transformasi lebih berkesan bagi JPNIN: Delin


13th January, 2014

KOTA MARUDU: Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Puan Delin Like Ak Blaun berkata Perdana Menteri Dato Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak telah memperkenalkan transformasi kepelbagaian sejak tahun 2010 lagi.

Katanya apa yang terkandung dalam transformasi itu, JPNIN tidak terlepas dari merubah keadaan menjurus ke arah menjadikan JPNIN lebih mapan dalam merealisasikan tanggungjawab membantu kerajaan menjadikan negara cemerlang, gemilang dan terbilang.

Katanya JPNIN terus melangkah menyusuri pelusuk negeri ini bagi memastikan kawasan Rukun Tetangga (KRT) terus bergiat aktif dalam mempelbagaikan aktiviti bagi menjana perpaduan rakyat berbilang kaum dan anutan kepercayaan terus bersatu membantu kerajaan membagunkan negara kita yang aman damai ini maju dan berdaya saing menjelang 2020.

Berucap pada Majlis Perjumpaan dengan Pengerusi-pengerusi KRT Zon Utara di Hexan Hotel di Kota Marudu dekat sini kelmarin, Delin menasihatkan seluruh pengerusi KRT di kawasan ini khasnya negeri Sabah amnya agar terus memainkan peranan dalam melestarikan pembangunan dalam kawasan masing-masing disamping mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk ke arah menjadikan negara berbilang kaum ini terbilang di mata dunia.

Delin turut menasihatkan pengerusi KRT agar bijak menggunakan peruntukan tahunan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti sebagai kalendar dalam KRT masing-masing dan berusaha mencari sumber tambahan jika sekiranya peruntukan yang sedia ada tidak mencukupi.

Justeru itu, Delin turut mengingatkan pengerusi KRT agar tidak membiarkan kelemahan prasekolah di bawah JPNIN ini kerana, tanggungjawab pengerusi KRT amat penting sekali dan sebagai orang yang diberi madat atau kepercayaan pucuk pimpinan Delin berkata setiap prasekolah sekurang-kurangnya mampu melahirkan 10 orang pelajar yang tahu membaca, menulis dan mengira.

Katanya mendidik mereka dengan sempurna satu amanah dan tanggungjawab yang harus kita pikul bersama dan mempastikan anak-anak permata negara ini akan terus terpelihara kerana mereka merupakan pemimpin pelapis akan datang.

Terdahulu Pegawai JPNIN Kota Marudu, Puan Jessica Basat antara lain berkata Pengerusi Rukun Tetangga RT tidak semestinya dipimpin oleh mereka yang menjawat jawatan yang tinggi sebaliknya orang kebiasaan juga harus diketengahkan bagi menerajui KRT di samping bersama barisan jawatankuasanya mentranformasikan aktiviti pelbagai sebagai tunjang perpaduan yang utuh.

Katanya pepatah menyatakan “Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat” hendaklah menjadikannya sebagai tanda aras ke arah merealisasikan KRT yang mereka pandu mencapai kecemerlangan.

Jessica berkata kelembaban penyelarasan aktiviti tahun 2013 hendaklah dijadikan pengalaman dan berazam untuk memperbaikinya disamping menjadikan tahun 2014 tahun baharu yang mencabar namun menjadikan KRT anda sebagai yang cemerlang dan terbilang dalam mentranformasikan perpaduan dan intergrasi.

Majlis tersebut dihadiri oleh 34 orang pengerusi-pengerusi KRT dari daerah Kota Marudu, 38 orang dari daerah Pitas dan 12 orang pengerusi KRT dari daerah Kecil Matunggong.

Turut hadir Ketua Unit Rukun Tenagga JPNIN Sabah Rosimah Eason, Unit Rukun Tetangga JPNIN Noorhisham Rosli, Pegawai JPNIN Daerah Pitas Nasiruddin Ahmad, Pegawai JPNIN Daerah Kecil Matunggong Jerry Philip, Pengerusi Permuafakatan Rukun Tetangga Kota Marudu, Haji Abu Bakar Rashid, Daerah Pitas, Jose Modsinupu Daerah Kecil matunggong Mosingki Molahid.

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...