KOTA KINABALU – Mahkamah Sesyen di sini
hari ini membebaskan seorang peniaga warga Pakistan daripada tuduhan
menyebabkan kematian seorang remaja perempuan di Kota Marudu dua tahun
lalu.
Hakim Ishak Bakri memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Amir Ali Khan Nawaty.
“Setelah menimbang dengan teliti semua
bukti yang dikemukakan dalam kes ini, saya dapati tiada bukti kukuh yang
menunjukkan bahawa kecederaan yang dialami oleh mangsa dan punca
kematiannya adalah disebabkan oleh tertuduh.
“Ini bermakna pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh,” katanya.
Ishak turut memerintahkan Amir Ali Khan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk memeriksa dokumen perjalanan dirinya.
Amir, 40, didakwa menyebabkan kematian
Norikoh Saliwa, 16, di dalam sebuah lori di sepanjang Jalan Km2.8, Jalan
Kota Marudu-Langkon antara pukul 11 pagi dan 12.30 tengah hari pada 25
Nov 2012.
Amir Ali Khan, yang diwakili peguam
Rakhbir Singh didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan yang
memperuntuk hukuman penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika
didapati bersalah.
Semasa perbicaraan antara Februari dan
September tahun lalu, pihak pendakwa yang diketuai Timbalan Pendakwa
Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin mengemukakan lebih 10 orang
saksi.
0 comments:
Post a Comment
Apa kata anda