Wednesday, October 29, 2014

Jangan jual, tukar 
hak milik rumah panjang

MAXIMUS ONGKILI (tengah) bergambar bersama penerima unit rumah panjang selepas merasmikan pembukaan rumah panjang baharu di Kampung Tinangol dan Kampung Lajong di Matunggong, Kota Marudu, kelmarin. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/jangan-jual-tukar-8232-hak-milik-rumah-panjang-1.17032#sthash.niKEhvkh.dpuf


KOTA MARUDU 26 Okt. – Penerima unit rumah di rumah panjang yang disediakan kerajaan diingatkan supaya tidak menjual, menyewa atau menukar hak milik rumah itu sesuka hati.


Ingatan itu disuarakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili yang menegaskan kegagalan mematuhi perkara tersebut menyebabkan mereka berdepan risiko iaitu unit berkenaan mungkin diambil semula kerajaan.

Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata, unit rumah panjang berkenaan disediakan kerajaan kepada golongan yang memerlukan dan bukannya ‘ditukar’ untuk memperoleh keuntungan.

“Pertukaran pemilikan hanya boleh dilakukan kepada ahli keluarga, tetapi ini perlu melalui proses permohonan melalui pejabat daerah,” katanya selepas merasmikan pembukaan rumah panjang baharu di Kampung Tinangol dan Kampung Lajong di Matunggong dekat sini semalam.

Yang turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Matunggong, Bianus Kontong.

Rumah panjang 25 pintu di Kampung Tinangol dibina semula bagi menggantikan blok rumah panjang asal yang menggunakan kayu manakala rumah panjang separuh konkrit dibina di Kampung Lajong.

Maximus memberitahu, terdapat beberapa kes penduduk rumah panjang yang didapati cuba menjual atau menyewakan rumah mereka kepada orang luar.

“Kerajaan boleh ambil kembali unit rumah ini jika ada yang me­lakukan perkara tersebut,” tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau menempelak pembangkang yang tidak melakukan sebarang pemba­ngunan di kawasan Matunggong sepanjang ‘menawan’ kawasan itu dalam pilihan raya umum lalu.

“Rakyat telah belajar daripada kesilapan kerana akhirnya, masih Barisan Nasional (BN) yang datang membantu mereka. Apa yang pembangkang lakukan untuk Matunggong?” soalnya.

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...