Friday, October 31, 2014

'Talob Tagayo' mampu tingkat pendapatan peniaga

Norsi Alipudin menunjukkan anyaman tikar yang unik dan kreatif.


KOTA MARUDU 20 Okt. - Kami melihat Pekan Tandek kini semakin menarik dan banyak berubah, sejak ada penganjuran 'Talob Tagayo'


Demikian disuarakan sebahagian pengunjung luar tentang pekan itu yang disifatkan sebagai sebuah pekan yang kecil dan sepi.

Menurut Masdin Saibin, 42, semasa berada di Pekan Tandek pada 2012, pekan itu dilihatnya cuma ‘terdiri’ daripada beberapa blok bangunan kedai yang ‘tersisih’.

Walau bagaimanapun, pengunjung yang berasal dari Kampung Pintasan, Kota Belud itu berkata, pekan itu kini benar-benar ‘mengejutkan’ kerana berjaya ‘mengaut’ kunjungan ribuan orang ‘dek’ kerana ‘Talob Tagayo’.

Oleh yang demikian, beliau berharap agar kerajaan akan terus memberi perhatian kepada pembangunan fizikal pekan itu.

“Ini kerana Tandek kaya dengan hasil pertanian seperti jagung, ubi kayu serta sayur-sayuran yang diusahakan oleh penduduknya.

“Namun, penduduk perlu rasa syukur kerana penganjuran ‘Talob Tagayo’ yang bertema ‘Mengakarumbi Perpaduan’ itu merupakan langkah awal kerajaan ke arah memajukan Pekan Tandek,” tambah­nya.

Sementara itu, pengusaha kraftangan berasaskan bahan kitar semula dari Rasak Laut, Norsi Alipudin, 42, berkata, penganjuran tamu besar itu cukup bermakna untuknya melebarkan pasaran hasil tangannya.

“Salah satu misi kami ialah membantu kerajaan dalam memastikan kawasan sekitar bebas sampah. Oleh itu, kami mengitar semula straw dan surat khabar lama untuk menjadi barangan perhiasan rumah,”ujarnya.

Malah, ahli Kumpulan Wanita Nelayan (Kunita) Kota Marudu ini turut menghasilkan tikar yang diperbuat daripada 7,000 bekas plastik keropok pelbagai jenis dan dijual dengan harga RM700.

“Nampak macam mahal tetapi kualiti buatannya serta masa yang diambil untuk proses menghasilkannya, bertepatan dengan har­ganya,” katanya. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/talob-tagayo-mampu-tingkat-pendapatan-peniaga-1.14970#sthash.9TyUC3Ot.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...