Thursday, December 6, 2012

Kes Norikoh: Cerita dari Kakak Mangsa

SAKSI dan JALAN CERITA KAKAK MANGSA PEMBUNUHAN (RIP NORIKOH )

Post ini sy bt utk perkongsian kta semua krn sememangnya kta semua berhak
utk tahu atau sekurang2nya ada sedikit gambaran kejadian sebenar. Bukan
mengganggu siasatan pihak berkuasa...

Kakak Gadis Sunti yang dibunuh Pakistan menceritakan dengan tenang dan
jelas kepada rombongan sudara Baintin A. Halim Adun:

Pagi itu saya dan adek saya (mangsa) berada di kedai Pakistan berdekatan
dengan agen rokok Dunhill di pekan Goshen.
Saya tanya samada ada kerja kosong atau tidak untuk adek sepupu saya yang
tidak bersama kami di kedai itu.

Pakistan itu minta supaya adek saya terus kerja pada hari itu juga dan adak
saya akan ditempatkan di kedai perabotnya di Pitas.

Adek saya cakap sama itu Pakistan bahawa dia tidak mahu kerja sebab dia
masih bersekolah.

Pakistan itu memaksa juga. Kami tinggalkan kedai itu untuk pergi ke pekan
baru.

Malangnya barang yang kami beli2 di pekan Goshen tertinggal di kedai
Pakistan itu.

Adek saya kol Pakistan itu tapi adek saya suruh saya bercakap untuk
mengesahkan samada barang kami itu masih di kedai itu. Pakistan itu mahu
saya kerja hari itu juga tapi saya jawab saya masih sekolah. Mungkin
Pakistan itu fikir saya ini adalah adek saya.
Pakistan itu kata dia akan bawa barang kami di pekan baru sebab dia sendiri
akan pergi ke pekan baru untuk tagih hutang.

Beberapa minit pakistan itu telefon lagi dan adek saya menyambutnya sambil
berjalan menuju ke belakan Alliance Bank di mana Pakistan itu tunggu dengan
lorinya. Itulah pakistan yang saya nampak di kedai yang memaksa adek saya
kerja hari itu juga.

Adek saya naik lori dan berjalan. Bila saya kol adek saya dia kata itu pakistan
tidak bawa barang kami. Beberapa minit saya kol lagi adek saya dan adek
saya kata dia ada di kedai pakistan itu. Beberapa kinit lagi saya sms kol adek
saya tapi sudah tiada jawapan.

Beberapa lama kemudian, pakistan itu datang kepada saya menyerahkan beg
tangan adek saya. bila saya tanya di mana adek saya pakistan itu kata tidak
tahu. dia turun di Shell. Rasa ada sesuatu yang tidak betul saya pergi ke balai
polis buat laporan. Polis kata secara kebetulan ada seorang budak perempuan
mati di jalan dekat giat mara. Polis itu bawa saya di tempat itu tetapi mayat
itu sudah di hospital. Polis bawa saya ke hospital. Sampai di hospital saya
nampak org ditutup dengan kain. saya buka kain penutup di sebelah kaki dan
saya pasti itu adalah adek saya.
Itulah cerita panjang kakak si Gadis Malang itu.

Sumber: 1 suara sabah

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...