Monday, December 10, 2012

Kota Marudu: Semak lesen niaga warga asing

Semak lesen niaga warga asing

KOTA MARUDU 5 Dis. - Majlis Daerah Kota Marudu diminta menyemak semula lesen-lesen perniagaan melibatkan warga asing di daerah itu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, langkah itu perlu bagi memastikan tiada pihak yang cuba melanggar peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata, langkah itu juga penting bagi mengurangkan rasa sangsi penduduk tempatan terhadap kewujudan ramai peniaga asing di daerah tersebut.

"Kita mengalu-alukan pelabur dari luar negara tetapi mereka mesti mematuhi undang-undang ditetapkan selain turut menyumbang kepada pembangunan masyarakat," katanya di sini hari ini.

Kewujudan ramai peniaga asing di daerah ini menimbulkan reaksi penduduk tempatan akhir-akhir ini ekoran kes pembunuhan seorang gadis sunti Norikoh, Saliwa, 16, di tepi Jalan Kota Marudu baru-baru ini.

Ekoran itu, polis telah menahan seorang suspek warganegara Pakistan yang menjalankan perniagaan di pekan Kota Marudu untuk siasatan lanjut.

Menurut Ongkili, selain memeriksa lesen perniagaan, pihak berkuasa terbabit juga perlu memastikan setiap warganegara asing mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kota Marudu merupakan daerah yang mempunyai indeks jenayah paling rendah di negeri ini dengan merekodkan 64 kes jenayah dari Januari hingga November tahun ini.

Bagaimanapun, beliau mengesa pihak polis dan agensi berkaitan termasuk Rukun Tetangga meningkatkan lagi usaha mengawal keselamatan masyarakat di daerah itu.

"Jenayah kejam baru-baru ini bukan sahaja mengejutkan masyarakat tetapi menunjukkan bahawa jenayah boleh berlaku meskipun dengan penguatkuasaan undang-undang yang ketat di daerah ini," ujarnya.


Sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...