Welcome 2013, Good Bye 2012
Kita bertemu lagi di Tahun 2013. Moga tahun 2013 ni sentiasa ceria. Walaupun berbagai-bagai ramalan yang mengatakan kiamat pada Disember 2012 diwar-warkan, namun itu semua hanyalah ramalan yang tidak benar.
Kita masih hidup di bumi ini. Kiamat itu adalah rahsia Tuhan. Bila2 masa sahaja boleh berlaku atas kehendakNya. Kita hanya perlu bersedia dengan beramal untuk bekalan diakhirat.
Bercerita tentang tahun 2013, nampaknya Kalender Malaysia telah menetapkan beberapa tarikh hot yang perlu diambil perhatian. Paling tidak sabar ditunggu adalah Pilihanraya Umum 13. Bila??
Kalender Pelancongan Sabah telah menetap kan beberapa perayaan yang diadakan di Sabah. Di Kota Marudu, perayaan tahunan seperti Pesta Kaamatan (Mei) dan Pesta Jagung (November) tetap diadakan. Mungkin ada juga beberapa majlis mengejut yang di adakan kan.
Selain itu, jangan lupa juga perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya, Krismas dan lain2 turut disambut.
Untuk Ekonomi pula, moga Kota Marudu banyak mendapat pembangunan seperti projek2 besar. Moga rakyat sentiasa sejahtera. Semua cukup makan.
Apa pun untuk tahun 2013 ini semoga Kota Marudu sentiasa aman damai.
0 comments:
Post a Comment
Apa kata anda