Friday, August 29, 2014

Tiga rumah ranap dilanda ribut

Beginilah keadaan rumah yang ranap ekoran diterbangkan angin ribut di Kg Mempakad Laut, Pitas.


KOTA MARUDU: Seorang lelaki warga emas menempuh detik cemas selepas rumahnya rosak akibat angin ribut dalam kejadian di Kampung Mempakad Laut, Pitas malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam itu, mangsa dikenali sebagai Hadarah Sauna, 62, mengalami kecederaan ringan di tangan dan bahagian badan selepas terkena serpihan kayu.

Mangsa kemudian mendapat rawatan daripada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Marudu sebaik insiden terbabit terjadi.

Difahamkan, kejadian angin ribut itu turut memusnahkan dua lagi rumah manakala 17 lagi terjejas teruk diterbangkan ribut kencang berkenaan.

Difahamkan, insiden yang berlaku dalam tempoh lima minit itu mengakibatkan tiang, dinding serta siling di rumah-rumah terbabit melayang.

Malah akibat bencana ribut itu, bekalan elektrik di kampung itu terputus sejak malam kelmarin namun dilaporkan pulih pada pagi kelmarin.

Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu memandangkan kesemua penghuni rumah yang terjejas bergegas keluar dari kediaman masing-masing.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintenden Mohd Isa Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata pemeriksaan lanjut masih giat dijalankan di kawasan berkenaan.

“Sehingga kini, kita masih menjalankan pemeriksaan dengan dibantu oleh JPAM serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mempakad Laut Pitas berhubung kerosakan lebih 10 rumah di situ,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...