Wednesday, August 27, 2014

Dua kakitangan hospital ditahan

Dua kakitangan hospital ditahan

Kota Kinabalu, 20 Ogos - Dua kakitangan Hospital Pitas diberkas kelmarin, selepas dipercayai memalsukan tandatangan dan cap peribadi pengarah hospital itu untuk mendapatkan kelulusan pinjaman kewangan daripada sebuah koperasi di sini baru-baru ini.

Kedua-dua suspek berusia 38 dan 40 tahun itu ditahan di hospital terbabit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Supritendan Saiman Kasran berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengarah hospital berkenaan pada 13 Ogos lalu sebaik sahaja mendapat maklumat tandatangan dan cap peribadinya dipalsukan.

"Polis merampas satu cap peribadi Pengarah Hopital Pitas, cap rasmi Hospital Pitas, cap Pengarah Hospital Kota Marudu, cap pembantu tadbir Hospital Kota Marudu, dua cap pegawai perubatan Hospital Kota Marudu dan cap 'Disahkan Benar' daripada suspek yang dipercayai digunakan untuk menipu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...