Kepada warga Marudu jgn lupa KENTE3. Tahniah kepada siapa2 yang join.
Kadus Entertainment (KE), komuniti web portal yang ditubuhkan lebih lima tahun lepas yang mempunyai lebih 10,000 penyokong terdiri dari penyanyi, pemuzik, peminat serta penyokong industri muzik tempatan kini melangkah setapak maju ke hadapan dengan penganjuran KE Next Top Entertainer musim yang Ketiga (KENTE3) tahun ini sebagai usaha memartabatkan industri muzik di negeri di bawah bayu.
Ini tidak mudah dicapai dan semua ini adalah hasil kerjasama daripada semua pihak sama ada penggiat seni, pemuzik, penyanyi mahupun peminat serta penyokong industri muzik tempatan yang tidak putus-putus memberi dorongan kepada KE.
Selepas mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran, penganjuran KENTE1 dan KENTE2 yang lepas telah memberi banyak pengalaman kepada KE untuk berkembang lebih maju ke hadapan sehingga membolehkan KENTE3 dapat direalisasikan.
Pada musim ini beberapa perubahan akan dibuat bagi mengangkat prestij pertandingan ini sesuai dengan objektifnya sebagai platform mencungkil bakat baru bagi mewarnai industri muzik tempatan.
Selain itu, bagi memperbaiki mutu penganjuran, KE akan bekerjasama dengan badan-badan profesional untuk meminta bantuan serta khidmat nasihat seperti RTM dan UMS.
KENTE3 PENTAS PERTARUNGAN PENYANYI DAN KOMPOSER
Bersesuaian dengan tagline ‘KE Next Top Entertainer’, KE bukan sekadar mencungkil bakat nyanyian tetapi lebih dari itu untuk melahirkan artis bergelar penghibur.
Hakikatnya, industri muzik tempatan tidak akan berkembang sendirinya cukup hanya melahirkan penghibur tanpa tanpa ada bergandingan dengan komposer kerana keduanya sama penting bagai irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan.
Menyedari kepentingan itu, KENTE3 membuka ruang seluas-luasnya kepada komposer-komposer tempatan untuk mengetengahkan ciptaan lagu Kadazandusun menerusi kategori Juara Lagu.
Industri muzik tempatan mempunyai potensi besar yang masih belum diterokai sepenuhnya. Di sinilah bakat komposer-komposer tempatan akan teruji. Adunan resepi yang baik menampilkan nilai estetika tempatan sudah pastinya mampu menghasilkan produk berkualiti dan diminati.
Atas harapan itu, dengan adanya pertandingan seumpama ini KE sebenarnya bukan sekadar mencungkil bakat nyanyian tetapi lebih dari itu memberi ruang dan peluang kepada komposer tempatan untuk digilap sekaligus meneroka jalan menuju ke puncak kegemilangan.
KATEGORI NYANYIAN KENTE3
Pengenalan
Peringkat saringan dijadual bermula pada bulan Febuari sehinggalah penghujung Mac, manakala pertandingan akhir pula akan diadakan pada bulan April bertempat di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, Penampang.
Dari segi pemilihan lagu, KENTE3 akan mengekalkan tradisi pertandingan yang mana kemampuan peserta akan diuji menerusi persembahan dua buah lagu iaitu lagu Kadazandusun menerusi persembahan pertama, manakala mana-mana lagu sama ada Inggeris atau Melayu di persembahan kedua.
Bagaimanapun, di peringkat akhir nanti finalis akan menyanyikan lagu wajib daripada sepuluh (10) gubahan lagu terbaik yang bertanding dalam kategori Juara Lagu.
Seperti juga di musim yang lepas, para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan saringan dan cabutan undi akan dibuat untuk menentukan kumpulan. Bagaimanapun, pada musim ini, tiga (3) peserta dari setiap kumpulan saringan akan ke peringkat Separuh Akhir. Dua (2) peserta dipilih oleh juri, manakala satu (1) lagi tempat ditentukan melalui undian tertinggi penonton.
Di peringkat Separuh Akhir nanti, lima belas (15) peserta akan berentap untuk merebut sepuluh (10) tempat ke ke Final, manakala lima (5) peserta pula akan tersingkir dari saingan merebut takhta.
Syarat Penyertaan
Peserta KENTE3 mestilah mereka yang berumur 17 – 35 tahun, belum mempunyai album mahupun mengikat kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman atau/dan belum pernah menjuarai mana-mana pertandingan nyanyian berprestij.
Pendaftaran KENTE3 akan diadakan pada 29 Jan 2011, bertempat di Pusakag Cafe, Donggongon, Jam 1.30 petang. Mereka yang mendaftarkan diri perlu datang dengan imej yang menarik kerana pada masa itu turut diadakan sesi taklimat dan penggambaran kepada semua peserta KENTE3.
Hadiah
1. Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan pada musim lepas, pada musim ini KE memutuskan untuk menaikkan lagi jumlah hadiah untuk dimenangi.
• Johan: RM3,000.00 & Piala
• Naib Johan: RM2,000.00 & Piala
• Tempat Ketiga: RM1,000.00 & Piala
• Anugerah Penyanyi Popular
• Anugerah Persembahan Terbaik
• Anugerah Pakaian Terbaik
• Tujuh (7) Hadiah Saguhati
B. KATEGORI JUARA LAGU KENTE3
1. Juara Lagu KENTE3 adalah Pertandingan mencipta lagu anjuran Kadus Entertainment (KE) sebagai platform kepada pencipta lagu di negeri ini mengetengahkan gubahan lagu. Justeru, KENTE3 juga turut membuka ruang kepada komposer-komposer tempatan untuk mempertandingan ciptaan lagu mereka.
Pengenalan
1. Pertandingan mencipta lagu berkonsepkan hiburan.
2. Pertandingan ini terbuka kepada semua pencipta lagu tempatan, iaitu penduduk di Sabah samada amatur atau profesional.
3. Penciptaan lagu didefinisikan sebagai ‘lagu’ dan ‘lirik’.
Objektif Pertandingan
1. Bagi mengembangkan dan mempopularkan lagu-lagu Kadazandusun ke peringkat lebih tinggi.
2. Meningkatkan aspirasi dan minat pencipta lagu sekaligus melahirkan penggubah lagu berkaliber di negeri ini.
Syarat-syarat pertandingan
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah SAHAJA, sama ada amatur atau profesional tanpa ada had umur.
2. Lagu hendaklah ciptaan asal dan tidak melebihi jangka masa 5 (5) minit dan penyertaan adalah tidak terhad. Setiap penyertaan akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh sahaja)
3. Peserta boleh menggunakan khidmat penulis lirik tetapi hanya pencipta lagu diterima sebagai peserta.
4. Ciptaan lagu adalah bebas dan tidak terikat dengan mana-mana genre. Penilaian akan diberikan kepada aspek kreativiti melodi yang bermutu, bernilai komersil dan menepati konsep serta mampu menarik minat semua golongan.
5. Lirik hendaklah ditulis dalam bahasa atau dialect rumpun Kadazandusun (seperti: Dusun, Kadazan, Murut, Rungus dan sebagainya) dan hendaklah TIDAK menyentuh sensitiviti perkauman, agama dan politik.
6. Penyertaan mestilah disertakan dalam bentuk CD dengan rakaman suara menggunakan sekurang - kurangnya satu alat muzik iringan atau menyertakan skor piano dengan lirik di bawah melodi. Lampiran lirik juga perlu disertakan di dalam kertas berasingan.
7. Borang penyertaan boleh didapati di Pusakag Café, Donggongon atau boleh dimuat turun dari laman Facebook KENTE3.
8. Lagu-lagu yang terpilih ke peringkat akhir sahaja akan menjadi hak milik Kadus Entertainment (KE). Pihak penganjur berhak mengubahsuai lirik mengikut kesesuaian. Lagu yang terpilih ke peringkat akhir akan menjadi lagu wajib finalis KENTE3.
9. Keputusan juri adalah MUKTAMAD.
10. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 6 Mac 2011 (Ahad) dan penyertaan hendaklah dihantar terus ke Pusakag Café, Donggongon.
Hadiah Pertandingan Juara Lagu
• Johan RM3,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Sahaja)
• Naib Johan RM2,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Sahaja)
• Tempat Ketiga RM1,000 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja)
• Tujuh (7) Hadiah Saguhati RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja) setiap satu.
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi secretariat KENTE3 :
• Francis Au 0138988355
• Khai Puma Jamal 0168113653
• Jay Jay Christy 0163088437
• Roger 0195326399
• Slyvister @ Iter 0195300367
Disediakan Oleh:
Francis Au
Pengerusi Penganjur KENTE3
KADUS ENTERTAINMENT
TIME FRAME (IMPLEMENTATION)
1. Untuk membolehkan semua peserta outstation mempunyai masa untuk datang dan mendapat rehat secukupnya semasa menyertai KENTE3, maka semua saringan kumpulan akan diadakan pada setiap hari Sabtu malam, Jam 7.00pm-12.00am.
2. Daripada setiap Kumpulan Saringan, 3 (tiga) peserta akan mara ke peringkat Separuh Akhir yang mana dua (2) peserta dipilih oleh panel juri, manakala seorang lagi dipilih berdasarkan undian tertinggi penonton.
3. Di peringkat separuh akhir nanti 15 peserta akan bertanding merebut 10 tempat ke final, manakala 5 lagi peserta akan tersingkir. Sementara di peringkat akhir nanti, finalis masing-masing akan mendapat lagu sendiri daripada 10 lagu terbaik yang bertanding di kategori Juara Lagu KENTE3.
4. Acara saringan dan separuh akhir akan diadakan di Pusakag Café, Donggongon, sementara acara akhir (grand finale KENTE3) akan berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, Penampang. Bagi sesi latihan/rehearsal pula akan diadakan di Studio X yang akan diberitahu kelak.
JADUAL
*29 Jan 2011 : Pendaftaran KENTE3
*5 Feb 2011 : Persediaan Akhir PESERTA/AJK
*12 Feb 2011 : Saringan Kumpulan 1
*19 Feb 2011 : Saringan Kumpulan 2
*26 Feb 2011 : Saringan Kumpulan 3
*5 Mac 2011 :Saringan Kumpulan 4
*6 Mac 2011 : *Tarikh penerimaan penyertaan kategori Juara Lagu KENTE3
*12 Mac 2011 : Saringan Kumpulan 5
*19 Mac 2011 : Acara Separuh Akhir KENTE3
*20 Mac 2011 : Pembahagian Lagu kepada Finalis
*26 Mac 2011 : Sesi Latihan/Rehearsal
*2 April 2011 : Grand Finale KENTE3
0 comments:
Post a Comment
Apa kata anda