Monday, February 21, 2011

Sokong Orang Kota Marudu di RTM dan AF9

Tidak sangka ada juga warga Kota Marudu yang berjaya meboloskan diri apabila terpilih dalam rancangan realiti tv. Tu lah kan.. Orang Kota Marudu ramai yang berbakat. Cuma perlu berani, bersedia dan yakin untuk pergi auditions.

Julius Jaibin
Beliau antara beberapa peserta dari Sabah yang terpilih dalam rancangan realiti terbaru RTM iaitu Tiada Lama Tiada Baru Satu Satunya yang dihoskan oleh si mulut lazer Azwan Ali dan Didie Alias. Ia disiarkan di TV1 pada setiap jam 9Malam hari Jumaat. Jangan lupa mengundi beliau.


Credits: http://dbos-fm.blogspot.com/2011/02/fauzi-nawawi-sabah-rayu-undian.html

Baca saja artikel diatas untuk info lanjut. Seperti dalam artikel tersebut Julius Jaibin akan beraksi pada minggu kesembilan iaitu pada 11 Mac 2011 dalam kategori iras artis. Rupa dia seiras Fauzi Nanawi. gitueewwww... Jangan lupa menonton dia pada masa itu.

Undian dibuka pada 11 MAC 2011(jumaat) Jam 9.00pm & ditutup pada 16 MAC 2011 (Rabu) JAm 9.00pm.

Cara mengundi : MIA(Jarak)JALIUS Send to 32776



Yani AF9
Menurut info Yani AF9 (Norallyani) berumur 20tahun berasal dari Tandek, Kota Marudu berjaya menempatkan diri ke Top40 dalam senarai akhir rancangan realiti no 1 Malaysia iaitu Akademi Fantasi musim 9. Pada AF kali ini top40 ini dinilai oleh kita semua.

Berikut penerangan dari laman web Astro.
Anda berupaya menentukan 25 peserta yang mampu mara ke peringkat seterusnya untuk Akademi Fantasia musim yang terakhir! Tonton video uji bakat peserta-peserta ini dan undi mereka sekarang!

Peringatan: Sebelum mengundi, anda perlu log masuk atau berdaftar sebagai ahli astro.com.my. Anda boleh mengundi sekali sahaja dalam sehari untuk setiap video.

Lihat Video Yani dibawah.


Anda klik disini untuk lihat semua calon2 Top40 AF9. Jangan lupa undi Yani supaya termasuk dalam top25. ok??

Seperti yang kita tahu Top40 AF9 dimonopoli dari Sabah dan KL. Mungkin ini disebabkan ujibakat cuma dibuat di Sabah dan KL. Apa tidaknya sejak dulu lagi bakat2 dari Sabah dan KL sangat2 mengagumkan pihak juri.

P/s: Moga juara Sugandoi Peringkat Negeri Sabah 2010 iaitu Arie dari Kota Belud terpilih di AF9.



1 comments:

  1. jeos:

    jom kita undi dorang. jgn malas undi kwn2 kita bah.

    ReplyDelete

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...