Monday, February 21, 2011

Nantikan FILEM ULU KUKUT pada Mei 2011!




Siapa minat filem??

saya!!

saya!!!

saya!!!

Amboiii!!!. Memang ramai yang minat. Kalau minat jangan lupa kemunculan FILEM ULU KUKUT (Mei 2011) yang diarahkan oleh Richado Tawit. Seperti yang kita sedia maklum, saudara Richado berbakat besar dalam bidang seni kini mula berjinak2 dalam industri perfileman. Ini merupakan percubaan pertama beliau yang mana kita semua harap ia berjaya. Yang menariknya saudara Richado yang berasal dari Kota Marudu banyak menjalankan lokasi pengambaran di Kota Marudu selain di Ulu Kukut dan tempat2 lain. Filem ini masih dalam proses dan syabas kepada Richado dan semua yang terlibat. Kami tunggu!! hehehe ^__^..v

Info:
Location:
Sri Norinah Production, WaveArt, Cado Pictures
Bandau Kota Marudu, Malaysia, 89108

Affiliation:
Sella Pink Records & Pictures

Genre: Seram (wah seram ni..tapi dalam seram mesti ada unsur2 lucu kan..)

Biography:
“ULU KUKUT”

Menceritakan tentang lima sahabat yang ingin menghadiri majlis, dianjurkan oleh rakan karib mereka Johan, yang baru balik bercuti dari Amerika Syarikat. Majlis atau party tersebut diadakan di sebuah banglow sewaan khas beliau, semata-mata untuk majlis tersebut yang terletak di kawasan terpencil diantara daerah Kota Marudu dan Kota Belud, SABAH.


Kegembiraan tidak terhingga antara mereka selepas mengetahui tentang berita bahawa rakan karib mereka itu akan balik apatah lagi menganjurkan ‘party’ meraikan percutian balik beliau.

Berkawan sejak di bangku sekolah lagi hinggalah ke universiti membuatkan perasaan mereka lebih gembira, tambahan pula mereka semua sudah hampir 5 tahun tidak berjumpa antara satu sama lain.

Kegembiraan bertukar panik selepas mereka mengetahui mereka sudah sesat dan mula didatangi makhluk yang tidak diingini. Apakah kesudahan dan cerita di sebalik kisah ini?, Saksikan dan alamilah bersama-sama ; Adam, Atika , Robert, Zul dan Audri di dalam filem “ULU KUKUT”……

Sumber: http://www.facebook.com/pages/Ulu-Kukut-Movie-2011-/161253213924669
(Sama2 lah kita like page ini ok)

Kita dengar sedikit kata-kata dari tuan pengarah Filem ini.







Cepat2lah siapkan filem ini. Macam tidak sabar sudah. heheh

Sedikit soalan:
Kalau sudah siap filem ini, dimana akan ditayangkan?
Berapa harga filem ini akan dijual? atau diberi secara free kepada orang ramai? hehehe..
Berapa kos pembikinan filem ini?

kalau ada masa jawablah ok. hehehe

Pandangan peribadi saya mengenai filem ini:
Saya bukan siapa2. tapi saya nak juga beri komen dan pendapat. bole?? hehe
Saya melihat usaha untuk membuat filem ini adalah cukup baik dan harus dicontohi oleh orang lain terutamanya anak2 muda Kota Marudu. Apa yang membanggakan juga adalah lokasi pengambaran dibuat di Kota Marudu. Ia amat penting kerna ia secara tidak langsung dapat mempromosikan daerah Kota Marudu kepada orang luar. Percayalah.. Kota Marudu banyak cerita, banyak mcm2 lagi. Syabas kepada team production filem ini kerana berani membuat kelainan dan membuka minda masyarakat kita. Seni itu bukan cuma setakat menyanyi, menari, main muzik tetapi juga dalam lakonan dan filem. Kita tidak perlu tunggu orang luar datang ke tempat kita untuk buat filem mengenai tempat yang kita kenal sendiri. Seharusnya kitalah yang mencetuskannya yang penting segala kelengkapan cukup. Syabas kepada Richado atas usaha ini. Promosi filem ini nampaknya sudah dilakukan awal2 lagi. Ini mmg harus dilakukan. Sepanjang pengelihatan saya, usaha keras banyak dilakukan oleh Pengarah filem ini sendiri melalui Youtube, Facebook, Twitter, dan lain2. Radio online seperti utarafm, bengkokafm dan lain2 juga harus dimaklumkan mengenai filem ini. Manakalah saya dan mungkin orang2 lain yang suka membuat blog dapat membantu dalam membuat tulisan, ulasan yang tidak seberapa ini. Namun, kami semua sangat2 menyokong filem ini.

Akhir kata, syabas. Maaf kalau ada tersilap tutur kata. Graciasss.



0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...