Minggu lepas penulis ada membuat entry berkenaan Filem Ulu Kukut yang sedang hangat diperkatakan di daerah Kota Marudu dan di Sabah. Pastinya harapan yang besar untuk filem ini berjaya menjadi kayu pengukur kepada tuan pengarahnya dalam membuat filem akan datang. gitueeeww... :)
Terima kasih kepada Richado Tawit kerana sudi menjawab sedikit soalan yang penulis utarakan. dan saya yakin soalan ini juga mungkin berlegar2 dipikiran pembaca lain.
Kata-kata aluan beliau.
hye saya Richado Tawith, penerbit, pengarah, penulis skrip dan lakonlayar cerita ULU KUKUT....ilham ini dicetuskan oleh saya sendiri pun demikian dengan beberapa orang belakang tabir yang kuat menjadi tunggak utama produksi ini......
Berikut adalah soalan yang ditanyakan kepada tuan director Filem Ulu Kukut ini.
Penulis: Kalau sudah siap filem ini, dimana akan ditayangkan?
Richado Tawith:
filem / movie ini akan ditayangan perdana kan pada bulan lima nanti iaitu may 2011, dimana kami akan membuat penjualan ticket dengan penyediaan dewan sebagai panggung wayang gambar / pawagam sebagai tempat untuk pempertayangkan filem ini...
Penulis: Berapa harga filem ini akan dijual? atau diberi secara free kepada orang ramai? hehehe..
Richado Tawith:
Promo roadtour seluruh sabah dan tempat2 yang ada permintaan....sekiranya filem ini mendapat sambutan, kami akan menerbitkan DVD dan seterusnya mencuba nasib di festival filem malaysia kategori terbuka..
(Harga masih belum dapat dipastikan kerana perlu meneliti sambutan yang diberikan oleh orang ramai terlebih dahulu. Kalau sambutan menggalakan maka CD/VCD akan dijual.)
Penulis: Berapa kos pembikinan filem ini?
Richado Tawith:
Bercerita tentang kos, filem ini adalah filem bebas maksudnya independent, namun masih memakan belanja yang agak besar...( no comment ) :)
Harapan Richado Tawith untuk filem sulung beliau ini.
Saya dan team saya berharap agar seni seperti ini dapat diterapkan oleh penggiat2 seni tanahair terutamanya di negeri sabah ini, kerana boleh dikatakan hampir semua produksi mempunyai atau mendapat dana daripada pihak yang sekian sekian, dan dana yang cukup besar, sangat BESAR namun end product atau produk yg dikeluarkan amat menyedihkan....saya berharap agar bukan sahaja saya dan team saya mampu mencetuskan satu fenomena positif dalam industri perfileman tanahair, namun secara tidak langsung mencabar secara baik produksi2 lain untuk lebih menekankan tentang kualiti dan karya yang bermutu daripada sekadar memiliki peralatan, technologi dan dana yang besar sahaja... mari dan ayuh bangunkan industri seni tanahair.....kepada blog generator/admin ini...TERIMA KASIH tidak terhingga...POUNSIKOU!!
Terima kasih kepada Richado kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini. Terima Kasih juga kepada semua.
Good Luck. :)
Sumber: Page Ulu Kukut 2011
wow mcm best saja. tak sabar menanti.
ReplyDelete