Saturday, March 12, 2011

Amaran Tsunami di Kota Marudu!

Lokasi gempa bumi Jepun yang mengakibatkan Tsunami


11 Mac 2011

Jepun dilanda gempa bumi pada 8.9 skala ricther menyebabkan berlaku Tsunami dengan ketinggian 10meter memusnahkan banyak harta benda dan membunuh lebih 1000 nyawa. Dashyat!! Berikutan dengan tsunami ini sebanyak 53buah negara yang berhampiran diberi amaran akan tsunami yang bakal melanda ini.


Lokasi Kota Marudu terlindung dari Negara Filipina semasa gelombang tsunami

Sabah turut diberi amaran mengenai tsunami ini. Kawasan persisiran pantai seperti Kudat, Kota Marudu dan Labuan mempunyai risiko yang besar. Gelombang tsunami tersebut dijangka sampai pada pukul 6petang. Jabatan Meteorologi dan melalui stesen TV dan radio berulang kali mengingatkan kepada penduduk di persisir pantai di Sabah supaya jangan menghampir pantai dan jangan panik.

Nampaknya info ini sampai kepada penduduk dikawasan terbabit. Mereka menjauhi kawasan pantai dan tidak panik. Saya ada menghubungi keluarga dan kawan2 yang berada di Kota Marudu dan mereka kata semuanya selamat dan tidak panik. Syukur. Manakala di Labuan pula lain kisahnya, khabarnya penduduk di sana panik dan takut. Syukur sebab tiada apa yang berlaku.

Sememangnya amaran awal sangat penting untuk mengelakkan kehilangan nyawa. Apa pun sentiasalah waspada kerana bencana boleh datang pada bila2 masa.




Video detik-detik Tsunami melanda Jepun 11 Mac 2011




Sebenarnya Tsunami yang melanda pantai timur Jepun ini berlaku dua hari selepas beberapa saintis memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang boleh menyebabkan bencana alam di Bumi. Pergerakan bulan itu yang digelar adi bulan, diramalkan berlaku pada 19 Mac ini apabila bulan berada paling rapat dengan Bumi sejak tahun 1992.

Ketika itu, jarak bulan dan Bumi sekitar 354,507 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa. Pada kedudukan tersebut, daya graviti bulan adalah sangat kuat dan dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi. Ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) Richard Nolle percaya pergerakan bulan itu mencetuskan bencana di Bumi.

"Fenomena itu memiliki kaitan sejarah dengan ribut kencang, air pasang besar dan gempa bumi," katanya dalam satu wawancara dengan stesen ABC minggu ini.

Fenomena itu pernah berlaku pada 1955, 1974, 1992 dan 2005. Bencana tsunami yang menyebabkan 200,000 orang di Indonesia terbunuh itu melanda dua minggu sebelum fenomena bulan berada dekat dengan Bumi pada Januari 2005.

Mungkin akan ada lagi bencana pada 19 Mac 2011 ini seperti yang diramalkan??? Harap2 tiada.


Petikn dari akhbar Kosmo:
TOKYO - Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun berlaku di laut timur Jepun semalam sekali gus mencetuskan ombak tsunami setinggi 10 meter. Pihak berkuasa Jepun berkata, gempa bumi dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter itu menyebabkan beratus-ratus orang dilaporkan terbunuh (sehingga 11.30 malam waktu Malaysia) dan jumlahnya dilaporkan meningkat dalam tempoh enam jam akan datang. Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi yang berpusat 130 kilometer dari pantai timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer. Kira-kira sejuta penduduk mendiami Sendai yang merupakan sebuah kawasan pertanian utama di Jepun. Bencana alam itu berlaku pada pukul 11.45 pagi waktu tempatan. Perdana Menteri Jepun, Naoto Khan dalam sidang akhbar semalam mengakui gempa bumi tersebut menyebabkan kerosakan besar di utara Jepun. Ombak tsunami tersebut membawa tanah dan serpihan sebahagiannya dalam keadaan terbakar menenggelamkan kawasan tanah pertanian di bandar Sendai, timur Jepun yang mempunyai sejuta penduduk. Sebuah hotel runtuh di bandar Sendai dan ramai orang dipercayai tertimbus di celah runtuhan. Turut disapu tsunami ialah Iwate, Miyagi dan Aomori.




0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...