Friday, March 18, 2011

Kejadian Banjir di Kota Marudu Mac 2011


BANJIR!!!

Banjir pada bulan Mac 2011?
Sudah perkara biasa bagi warga Kota Marudu menghadapi banjir pada setiap awal tahun. Tapi sejak akhir-akhir ini (kalau tak silap bermula tahun 2005) keadaan banjir makin menjadi. semakin luar biasa. Gitu :(

Bukan main popular lagi Kota Marudu di kala banjir melanda. Buka berita di TV, baca berita akhbar, blog berlambak2 melaporkan keadaan banjir di Kota Marudu. Rasa cemas juga pabila menghadapi berita ini. Sangat risau keadaan warga Kota Marudu apa lagi keluarga yang tinggal di sana. huuuh.

Syabas kepada warga Kota Marudu yang tabah menghadapi hujan lebat dan banjir. Diharapkan pihak berwajib dapat mengatasi masalah banjir ini

Buat Peta Topografi kawasan banjir
Saya fikir pihak berwajib harus membuat peta topografi kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir di Kota Marudu. Ia akan banyak membantu dalam banyak perkara. caya lah. Alangkah bagusnya kalau contoh peta kawasan Kota Marudu dibawah dilengkapkan secara detail dengan kawasan yang sering dilanda banjir. Gitu :) Kalau ditanya, mana kawasan Tandek yang dilanda banjir?? Ada yang tidak tahu Tandek tu di mana sebab satu tanda pun ada. Macam mana orang luar mau beri bantuan kalau lokasi tidak diketahui. Saya pernah nampak peta Banci Penduduk. Peta tu sangat detail kerna setiap rumah dapat dikenalpasti ada dalam peta itu. Terkezzzut juga i tengok. hahah.

Peta Kawasan Kota Marudu.



Proses kejadian banjir
Secara umumnya proses banjir berlaku seperti dibawah. Pikirkan cara untuk mengatasinya.
Proses kejadian banjir

Dari segi lokasi, bahawa kawasan Kota Marudu ini adalah kawasan tanah rendah. Secara logiknya air dari atas (gunung, bukit, kawasan tanah tinggi) akan turun ke kawasan rendah (tanah rendah). Air (hujan) yang turun secara berlebihan itulah yang mewujudkan Banjir dikawasan rendah.

Gambaran air dari atas turun ke kawasan bawah


Faktor Cuaca seperti hujan, angin dan pergerakan awan juga penyebab. Inilah faktor penting.


Pergerakan awan yang membawa hujan lebat

Hujan dan banjir yg berlaku di Kota Marudu disebabkan pumpunan udara ini terhasil akibat interaksi antara angin timuran dan gangguan tropika di Borneo dan di Laut Sulu/Sulawesi yang bergerak perlahan-lahan ke arah barat merentasi Sabah. Berlaku setiap awal tahun di Kota Marudu. (seperti dalam laporan Jabatan Meteorlogi Malaysia)

Ok. lain2 faktor ada dalam hujung postingan ini. (adoiii...mengoverkan diri menyiasat gejala banjir ini)

Sekitar gambar-gambar banjir yang melanda daerah Kota Marudu pada 12-13 Mac 2011.



Banjir biasa terjadi apabila air sungai melipah keluar lalu membanjiri kawasan sekitarnya


SMK Kota Marudu dilanda banjir


Stesen Minyak Shell turut dilanda banjir


Parit dipenuhi air yang mengakibatkan banjir


Jalan raya di Kota Marudu

Banjir menghanyutkan buah kelapa


Kawasan Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran dinaiki air


Bomba dan Penyelamat pakai menjalankan operasi memindahkan penduduk



Banjir di Roundabout di Gosen

(Semua gambar-gambar banjir di atas diperolehi dari blog, Facebook dan lain2. Jangan marah kalau saya ambil gambar kamu utk saya letak di blog ini. Terima Kasih!!)

Ulasan:
Bercakap pasal banjir sebenarnya ia menarik tetapi makin muak. Setiap tahun banjir akan berlaku di Kota Marudu (tempat2 lain pun banjir juga tapi blog ini memfokuskan Kota Marudu sahaja). Sepanjang pengelihatan saya, mmg banyak kerugian yang berlaku. Antaranya tanaman, harta benda peribadi seperti rumah, kereta dan lain2, kemudahan awam seperti jalan raya, jambatan, dan lain2. Sanggupkah melihat perkara ini berulangkali setiap tahun?? Oh Tidak!!
Jadi segeralah atasinya. Gitu :)

Imbas kembali banjir hujung bulan Januari 2011
Untuk pengetahuan, di tahun 2011 ini banjir baru saja berlaku pada 24-31 Januari 2011. Banjir pada bulan Mac merupakan banjir teruk kali kedua. Sedikit screenshoot laporan kejadian banjir di Sabah saya paparkan disini. Sememangnya sudah menjadi pihak berwajib untuk membuat laporan mengenai banjir yang berlaku. Boleh di download --> Laporan banjir di sabah Januari 2011





Lepas ini kita tunggu laporan banjir untuk bulan Mac dari pihak berwajib. Benarkah ia ada kaitan dengan gempa bumi dan Tsunami di Jepun? benarkah ia ada kaitan dengan hampirnya jarak bumi dan bulan? kita tunggu. hehe

_____________________________________________________
Petikan dari akbar Berita Harian

Kota Marudu banjir buat kali kedua (14 Mac 2011)

KOTA KINABALU: Daerah Kota Marudu yang terletak kira-kira 100 kilometer dari sini, buat kali keduanya
dilanda banjir dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 1,869 penduduk daripada 617 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, kelmarin.
Sehingga semalam, sebanyak 20 pusat pemindahan sementara dibuka termasuk Dewan Tonsom, Sekolah Kebangsaan (SK) Bingkongan, SK Ranau, Dewan Serbaguna Tandek dan Dewan Marudu Darat berikutan banjir di 25 kampung akibat hujan lebat berterusan sejak Jumaat lalu.“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kita sentiasa memantau keadaan banjir di daerah ini. Paras air Sungai Bandau dan Sungai Bongkon juga kembali di tahap normal.
“Setakat ini, kita sentiasa memantau kerana keadaan cuaca tidak menentu sekarang, malah mangsa banjir juga belum dibenarkan pulang,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini semalam.
Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili turut melawat kampung yang terbabit dengan banjir, kelmarin.
Ongkili yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu turut mendengar taklimat banjir oleh Pegawai Daerah Kota Marudu, Luvita Koisun, di bilik pengurusan bencana banjir di Kota Marudu.
Beliau berkata, jawatankuasa pengurusan bencana banjir sedang berusaha memastikan keselamatan penduduk yang terbabit termasuk mengurangkan kerosakan harta benda.
“Kita juga mengalu-alukan bantuan makanan daripada orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu mangsa banjir dan mereka yang mahu berbuat demikian boleh menghubungi pejabat daerah Kota Marudu,” katanya.
______________________________________________________


Ulangkaji pelajaran banjir

Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:-

  1. Hujan yang berterusan.

Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.

  1. Proses pembandaran.

Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.

Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.

  1. Hakisan sungai.

Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia.

Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek.

Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat.

Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.

  1. Hutan tadahan.

Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi.

Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.

  1. Sistem perparitan tidak terancang.

Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.


KESAN-KESAN BANJIR

Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah:

  1. Kemusnahan Tanam-tanaman

Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman ini akan merugikan para petani.

  1. Kemusnahan Harta Benda

Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk.

  1. Penyakit

Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria.

  1. Kematian

Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai.

  1. Kerugian Kerajaan

Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan yang tinggi.

Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan sementara mangsa banjir.


CARA-CARA MENGATASI BANJIR

Pelbagai cara dijalankan, antaranya:

Menyediakan Sistem Perparitan

Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.

Projek Pendalaman Sungai

Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan.

Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.

Memelihara Hutan

Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit.

Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.

Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.

Mengawal Aktiviti Manusia

Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya.

Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.

Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini; :) :) :)

Sumber: dari pelbagai sumber



1 comments:

  1. harap2 ujung tahun nie xbnjir.. sy maw pulang sabah.. langadon kg.simpangan...

    ReplyDelete

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...