Saya petik dari wikipedia:
Borneo (bahasa Melayu: Borneo, Bahasa Indonesia: Kalimantan) merupakan pulau ketiga terbesar di dunia. Pulau ini dikongsi oleh tiga negara: Brunei, Malaysia (Malaysia Timur) dan Indonesia (Kalimantan). Ia diduduki oleh pelbagai kaum yang datangnya dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Brunei. Penduduk Borneo juga terdiri daripada kumpulan etnik asli Dayak, dan orang-orang Cina yang awalnya berhijrah dari China tenggara.
Saya cuba cari tentang peta kuno Kota Marudu (saja2 meng'over'kan diri untuk cari). Oleh yang demikian, saya mencari bahan dan meneliti satu persatu. Malangnya susah juga mencari peta kuno khusus untuk Kota Marudu. Tapi yang baiknya peta-peta kuno Kota Marudu masih boleh dilihat dalam peta-peta kuno Borneo, peta kuno Asia Tenggara dan peta kuno Asia. gitu :)
Nama pun peta kuno, so semua memang lukisan tangan. Malang sungguh kita kerana catatan sejarah tentang sejarah Borneo semuanya dilakukan oleh sejarahwan barat. Amat sukar dicari atau langsung tiada yang ditemui peta-peta kuno yang dilakar oleh orang tempatan. huhu..
Peta Kuno Borneo pada tahun 1521 dilakar oleh Antonio Pigafetta
Carian saya menemui peta pelik di atas ini. Memang pelik. Tapi itulah hakikatnya apabila ia adalah lakaran peta Borneo yang terawal dilakar oleh Antonio Pigafetta pada tahun 1521. Hebat juga lakaran beliau kerana mampu melakar peta itu.Zaman sekarang ni sudah ada satellite. Dengan satellite sistem pemetaan lebih tepat dan terperinci.
Sebenarnya ada banyak lagi peta2 kuno yang saya jumpa. you'alls boleh cari sendiri.
Sumber:
http://www.philographikon.com/mapssoutheastasia.html
http://peta-antik-kuno.blogspot.com/p/peta-kalimantan-kuno.html
0 comments:
Post a Comment
Apa kata anda