Monday, March 14, 2011

Tahniah! Yani AF9 dari Kota Marudu terpilih Top25 AF9

Yani AF9 dari Kota Marudu, Sabah terpilih ke Top25 AF9

Akhirnya pihak Astro sudah memilih calon Top25 daripada undian Top40. Menurut info yang diterima, mereka akan membuat persembahan di Konsert Prelude pada 2 April 2011. Semasa Konsert Prelude ini, kesemua Top25 akan diadili oleh juri untuk ke Top12 seterusnya akan tinggal di Banglo mewah Akademi Fantasia. Sudah disahkan bahawa Host untuk AF9 diserahkan kepada Pengaraca No. 1 Malaysia iaitu Aznil Hj. Nawawi atau Pak Nil.

Tahniah kepada Yani AF9 dari Kota Marudu kerana berjaya terpilih ke Top25 Akademi Fantasia 9 2011. Kita akan dapat saksikan Yani membuat persembahan di kaca TV semasa Konsert Prelude nanti. Pastikan anda semua menonton Tv pada masa itu. Jangan lupa sokong juga peserta2 dari Sabah yang lain. Senang cerita sokonglah kesemua peserta. Gitu :)

Lihat Peserta Top40 dalam entry sebelum ini------>> Top40 AF9

Senarai Peserta Top 25 AF9 2011







Video ujibakat Yani AF9


Senarai Peserta Top 25 AF9 2011

1. Kay - Kuala Lumpur
2. Alfi - Kuala Lumpur
3. Erul - Kuala Lumpur
4. Raqib - Melaka
5. Aida - Melaka
6. Zack - Johor
7. Nina - Johor
8. Afif - Selangor
9. Nash - Selangor
10. Miza - Selangor
11. Mel - Selangor
12. Laika - Selangor
13. Azri - Selangor
14. Eka - Selangor
15. Ann - Selangor
16. Hani - Sabah
17. Erman - Sabah
18. Ira - Sabah
19. Yani - Kota Marudu, Sabah
20. Lena - Sabah
21. Qem - Sabah
22. Nera - Sabah
23. Andy - Sabah
24. Amir - Sarawak
25. Nora - Perak



Tahniah! Tahniah! Tahniah!


Ulasan:
1. Berdasarkan undian dalam talian untuk Top40 tersebut terdapat ramai peserta yang mendapat undian sangat2 tinggi jauh meninggalkan undian beberapa peserta dalam Top25. Namun, mereka tidak terpilih. Ini mungkin kerana markah juri yang sebanyak 50% tidak berpihak kepada mereka.

2. Daripada Top25 ini, peserta dari Sabah - 8 orang, Selangor - 8 orang, Kuala Lumpur - 3 orang, Johor - 2 orang, Melaka - 2 orang, Perak (Nora peserta bertudung) - 1 orang dan Sarawak (Amir ujibakat di Kuala Lumpur) - 1 orang.

Dapatkan Berita AF9 melalui:
http://www.astro.com.my/akademifantasia/articles/art_3691.html
http://www.facebook.com/AkademiFantasia9
http://twitter.com/akademifantasia



0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...