06/05/2014 1:05pm
Kota Marudu - Empat bilik darjah dan sebuah bilik guru antara yang musnah dalam kebakaran membabitkan satu blok bangunan di Sekolah Rendah (SK) Simpangan, Kota Marudu dekat sini malam tadi.
Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Jame Alip berkata, turut musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 10.45 malam itu ialah surau, stor peralatan sekolah dan bilik guru besar.
"Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa penyiasat kebakaran bagi membuat penambah baikan selain menyegerakan bantuan kepada pihak sekolah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah Jame, sekolah berkenaan mempunyai 309 orang murid dan 25 orang guru.
Kejadian di SK Simpangan, Kota Marudu itu merupakan kebakaran kedua melibatkan sekolah rendah di negeri ini dalam tempoh 24 jam selepas kejadian sama di SK Tampasak, Kinarut kelmarin. - KOSMO!
0 comments:
Post a Comment
Apa kata anda