Friday, May 2, 2014

Scarlett Megan Juara Unduk Ngadau Kaamatan Kota Marudu 2014


Bulan Mei bulan Kaamatan

Bulan Mei merupakan bulan yang ditunggu-tungu oleh ramai orang kerana ia adalah bulan Kaamatan di negeri Sabah. Secara rasminya 1 Mei membuka tirai pesta dan Kota Marudu telah dipilih untuk menjadi daerah perasmi bagi Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2014. Kami sebagai warga Kota Marudu amat berbangga kerana telah dipilih sebagai perasmi untuk pelancaran ini.

Pelbagai acara telah diadakan. Namun paling mencuri perhatian setiap tahun adalah Pertandingan Unduk Ngadau. Persaingan hebat dari peserta yang cantik cantik begitu memukau namun keputusan juri telah memilih Scarlett Megan sebagai Juara bagi 2014.

 Juara Unduk Ngadau Kaamatan Kota Marudu 2014 jatuh kepada
Scarlett Megan!
 (Gambar dari Nelson Michael Photography)


 
 Pemenang:
Juara (tengah) : Scarlett Megan
Naib Juara (kiri) : Melissa Loley
Ketiga (kanan) : Miesha
  (Gambar dari Nelson Michael Photography)


Senyuman dari pemenang
 ( Gambar dari Nelson Michael Photography)


Rumah tradisi yang dibina di padang Kota Marudu.
( Gambar dari Nelson Michael Photography)


Pentas dalam Dewan Komuniti Kota Marudu dihias cantik dengan lampu yang gemerlapan. 
(Gambar dari Nelson Michael Photography)

Barisan pemenang Top 7 Unduk Ngadau Kota Marudu 2014


Bekas Juara Unduk Ngadau Kota Marudu 2013 turut hadir iaitu Daphne Fay William Santor.
 (Gambar dari Nelson Michael Photography)


Juara Sugandoi Kaamatan Kota Marudu 2014: Sheryll Josh
Juara Tug of War Kaamatan Kota Marudu 2014: 4WD

Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2014 di Kota Marudu ini dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Hadir sama, Huguan Siou yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib. Kira-kira separuh anggota Kabinet Negeri yang terdiri daripada Menteri dan Pembantu Menteri negeri hadir dalam majlis pelancaran ini.

Terima Kasih Kepada Semua yang terlibat di dalam menjayakan Pesta Kaamtan Kota Marudu 2014!!

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...