Murid sekolah dan pelajar UMS yang menjayakan Program X-Plorasi Komuniti Magandai, di Kota Marudu, Sabah, baru-baru ini.
KOTA MARUDU 6 Mei - Tiga kelab di Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PR-Siswa), Kelab Rekreasi, Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda dan Sekolah Perubatan bekerjasama buat julung kalinya menjayakan Program X-Plorasi Komuniti Magandai, di daerah ini baru-baru ini.
Pengarah program itu, Muhammad Yusuf Mohd. Sobery berkata, aktiviti berbentuk ekspedisi lasak selama tiga hari dua malam itu disertai oleh 30 peserta yang menaiki 15 kenderaan pacuan empat roda.
Program yang bertujuan menyuntik semangat dan memberi motivasi kepada pelajar dan ibu bapa itu mendapat sambutan luar biasa daripada komuniti Kampung Magandai khususnya dalam kalangan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Magandai.
Selain sebagai medan perkongsian ilmu, kami juga mendapat pelbagai pengalaman dan merasai sendiri sendiri pahit-getir cabaran dan kekurangan hidup masyarakat di pedalaman," katanya.
Bertemakan Meneroka Realiti, Membantu Komuniti, program yang diadakan sempena sambutan Ulang Tahun UMS Ke-20 itu diisi dengan pelbagai program keilmuan di samping acara penanaman pokok sebagai simbolik terhadap usaha melestarikan alam sebagai tanggungjawab bersama.
0 comments:
Post a Comment
Apa kata anda