Thursday, February 28, 2013

Banjir Kilat di Kota Marudu 22 Feb 2013


Hujan turun tidak berapa lebat pada hari tu. Namun, penduduk sangat terkejut apabila banjir datang secara tiba-tiba yang menjejaskan 14 kampung termasuk Goshen.




SMK Kota Marudu dilanda banjir

Punca banjir kilat disebabkan oleh pecahnya empangan di Sungai Simpangan. Air melimpah keluar dan merosakkan banyak harta benda termasuk pagar , tiang elektrik dan sebagainya. Banyak kedai di Goshen turut di masuk air. Begitu juga Mesin ATM Agro Bank yang turut terkena air.

Banjir sekitar Goshen

 Update: Empangan sudah dapat dipulihkan. Bekalan air sudah ada.

Sumber gambar: Facebook SMK Kota Marudu dan Denny Siiputt.

Laporan Akhbar

Banjir Kilat Di Kota Marudu Semakin Pulih - Ongkili
KOTA MARUDU: Banjir kilat yang berlaku semalam menjejaskan 14 kampung di Kota Marudu tetapi keadaan kembali pulih sekitar 6 petang Sabtu.

Banjir yang berlaku itu mengejutkan penduduk memandangkan hujan yang turun sekitar 7 petang tidak lebat. Bagaimanapun air melimpah keluar daripada Sungai Bandau dan Sungai Tuaran menyebabkan banjir terutama di pusat komersil Goshen.

Anggota Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata Jabatan Meteorologi melaporkan berdasarkan imej radar hujan turun antara 5mm dan 15mm di Kudat dan di kawasan pantai barat semalam.

Pada 3 petang semalam awan terbentuk di bahagian tengah Sabah dan bergerak ke arah barat. Menjelang 7.30 malam kebanyakan awan hujan bergerak ke arah Laut China Selatan.
Tompok kecil awan hujan masih di sekitar bahagian barat Sabah dan beransur hilang menjelang 9 malam dan tiada amaran dikeluarkan kerana tompok awan agak kecil dan bergerak pantas.

"Ia adalah bencana alam yang tidak dapat diramalkan dan bersyukur ia tidak berpanjangan. Bilik gerakan bencana alam di pejabat daerah diaktifkan pada 8 malam.

"Sebahagian infrastruktur, bekalan elektrik dan tiang telefon turut terjejas serta banyak jalan raya yang terputus dan empat rumah dihanyutkan. Sebanyak 20 keluarga yang dipindahkan telah dihantar pulang sebaik situasi beransur pulih.

"Bekalan ke beberapa kampung turut terjejas dan kami masih menilai keadaan itu dan kerosakan. Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat juga memantau situasi itu dan bersedia menghulurkan bantuan sebaik mangsa banjir dikenal pasti," kata Ongkili dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata bekalan elektrik juga terputus semasa bencana itu tetapi disambung kembali selepas itu.

Kedua-dua tangki penyimpanan air juga dipenuhi dengan sampah sarap dan batu menyebabkan kerosakan serius kepada struktur kejuruteraannya.

"Kekurangan bekalan air dijangka selama tiga hari dan kita meminta semua pengguna di daerah ini untuk menjimatkan air. Kerja-kerja kejuruteraan untuk memulihkan kerosakan di kedua-dua stesen air dimulakan segera dan dijangka mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan," katanya.

Beliau juga mengarahkan agensi dan jabatan berkaitan untuk menilai situasi itu dan menyerahkan laporan kerosakan kepada MKN.-BERNAMA



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bersabar, kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan

Oleh Donald Ragang
Maximus (dua kiri) menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan oleh Anita (tengah)
Maximus (dua kiri) menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan oleh Anita (tengah)

KOTA MARUDU: Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili  berharap agar masyarakat disini yang terjejas bekalan air bersih bersabar kerana kerja-kerja pemulihan sedang dilaksanakan.

Katanya, logi bekalan air yang rosak disebabkan kejadian banjir bulan lalu akan dijangka siap dan beroperasi pada 26 Februari (hari ini).

Saya juga menyeru kepada masyarakat disini untuk bersabar kerana
“usaha membaiki logi bekalan air yang rosak disebabkan banjir itu sedang dijalankan dan saya menyeru kepada masyarakat disini bersabar.

“Anda semua janganlah bimbang kerana saya sentiasa akan memastikan semua masyarakat disini sentiasa dijaga dan berada dalam keadaan selamat,”  katanya ketika di majlis penyerahan wang ehsan mangsa-mangsa banjir di Kota Marudu 2013 disini kelmarin.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tandek, Datuk Anita Baranting.

Beliau menjelaskan Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang  prihatin membantu rakyat dalam keadaan susah.

Katanya, Kota Marudu adalah salah satu daripada 4 daerah di Sabah yang sentiasa mengalami bencana banjir sekiranya hujan lebat.

Menurutnya, usaha-usaha untuk membesarkan dan melencongkan sungai sedang dalam usaha perlaksanaan.

“kerja-kerja perlaksanaan itu memerlukan tempoh masa bertahun lamanya dan dibuat secara berperingkat.

“Peruntukan yang diperlukan untuk perlaksaan itu memakan kos lebih kurang RM400 juta,” ujarnya.
Dalam majlis yang sama seramai 590 ketua isi rumah telah menerima bantuan  Wang Ehsan mangsa banjir pada bulan lalu berjumlah RM500 setiap isi rumah yang melibatkan lebih kurang 1800 mangsa banjir.

“Saya bersimpati pada semua mangsa banjir dan berharap jumlah yang tidak seberapa itu mampu meringankan beban mangsa-mangsa banjir,” tambahnya. - BORNEOINSIDER

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...