Friday, August 23, 2013

Isu Petisyen Parlimen Kota Marudu

Petisyen Parlimen Kota Marudu



KOTA KINABALU 19 Ogos - Mahkamah Pilihan Raya menetapkan Selasa untuk mendengar petisyen calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Maijol Mahap bagi membatalkan kemenangan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di kerusi Parlimen Kota Marudu pada pilihan raya umum ke-13.

Hakim Datuk Yew Jen Kee membuat keputusan itu selepas menolak bantahan awal responden atas alasan ia harus difail sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh perbicaraan.

Dalam petisyennya, Mahap menamakan Ongkili, pegawai pengurus pilihan raya Lovita Koisun dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.

Bagaimanapun, pada 13 Ogos lepas, Yew memutuskan agar Ongkili dikeluarkan daripada senarai responden dalam petisyen itu.

Mahkamah menetapkan 10 hari untuk mendengar petisyen itu mulai esok.

Petisyen itu, antara lain, mendakwa Borang 14, yang merekodkan jumlah undi yang diperoleh setiap calon serta bilangan undi rosak, tidak diberi kepada ejen pilihan raya PKR.

Ongkili, yang mewakili Barisan Nasional, memenangi kerusi Parlimen Marudu dengan majoriti 842 undi selepas memperoleh 15,168 undi dalam pertandingan empat penjuru manakala Mahap meraih 14,326 undi, calon Star Majamis Timbong (2,228 undi) dan Yuntau alias Kuntau Kolod (SAPP) hanya mendapat 444 undi. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...