Friday, August 23, 2013

Kota Marudu: RENTETAN SEJARAH MARUDU


Mari imbas sejarah. :)
 
TAHUN
PERISTIWA
1225 - 1304
Dua sumber China iaitu Chu-fan Chih (1225) dan Nan-hai Chih (1304) telah merakamkan nama tempat iaitu his-lung kung, sha-hu chung atau sha-oo-chung adalah merujuk kepada Saludung iaitu Teluk Marudu beradasarkan kajian oleh ahli arkeologi dan sejarahwan Universiti Malaysia Sabah (UMS) (Bazley Bee B. Basrah Bee & Bilcher Bala. 27:2006)
1537
Pemeta Portugis bernama Casper Viegas mencatatkan nama Marudu pada tahun 1537 (Bazley Bee B. Basrah Bee & Bilcher Bala. 27:2006). Bagaimana Casper Viegas mengetahui kewujudan Teluk Marudu mungkin dapat dijelaskan dengan orang Portugis yang sampai ke Brunei pada tahun 1526 (Don Jorge de Menezes) serta persisiran pantai barat dan utara Sabah antara tahun 1527-1530 (Bazley Bee B. Basrah Bee & Bilcher Bala. 27:2006)
1569 – 1579
Nama-nama kawasan Teluk Marudu dirujuk sebagai Marudu, Marudo, Manado dan Malloodoo. Lebih kurang selama 166 tahun, nama tempat ini hilang dalam peta. (Bazley Bee B. Basrah Bee & Bilcher Bala. 27:2006)
1745
Sehingga tahun 1745, nama Marudu muncul semula dan sekali lagi lenyap pada tahun 1770. (Bazley Bee B. Basrah Bee & Bilcher Bala. 27:2006)
19 / 08 / 1845
Tercetusnya pemberontakan Sharif Osman terhadap Inggeris di Teluk. Shariff Osman merupakan seorang pahlawan Sabah yang telah berkubu atau berpusat di teluk yang dinamakan “Teluk Marudu”. Walau bagaimanapun Shariff Osman dan pengikut-pengikutnya akhirnya telah ditewaskan oleh Angkatan Perang Raja Sarawak James Brooke dengan bantuan Angkatan Laut British HMS (Her Majesty Ship) IRIS yang diketuai oleh Kapten Mundy. Peristiwa ini berlaku pada 18/08/1845. Sehingga hari ini, kesan kubu dan Makam Shariff Osman masih ada di Kampung Marudu. (Bazley Bee B. Basrah Bee & Bilcher Bala. 27:2006)
01 / 11 / 1881
Chartered Company telah ditubuhkan di Borneo Utara (Sabah), daerah ini mula di buka untuk penanaman tembakau dan getah (Kota Marudu Dalam Seratus Tahun : 28)
1894 – 1901
Panglima Si Gunting pahlawan daripada suku kaum Dusun dan dilahirkan di Mumus (Serinsim) dalam tahun 1869. Dalam usia lebih kurang 36 tahun, Si Gunting telah menjadi wira dalam pemberontakan menentang penjajah Inggeris. Beliau dan orang-orangnya telah melancarkan perang gerila ke atas Inggeris dan berjaya memusnahkan balai polis Inggeris di Serinsim. Pihak Inggeris mengisytiharkan perang yang dikenali sebagai Perang Si Gunting sekitar tahun 1894 hingga 1901. Selepas 7 tahun berperang, akhirnya kedua-dua pihak berdamai dan telah menandatangani perjanjian damai. (Bazley Bee B. Basrah Bee & Bilcher Bala. 27:2006)






1890
Ladang Tembakau diusahakan di sekitar Pekan Bandau (Kota Marudu) oleh syarikat Belanda. Getah pula diusahakan oleh Inggeris di Langkon. Sebuah jeti dibina di Pekan Bandau untuk memunggahkan tembakau ke dalam kapal-kapal kecil untuk di eksport. Bandau ketika itu lebih dikenali dengan ‘Pangkalan Bandau’. Bagi getah pula, sebuah pangkalan telah dibina di Sungai Langkon untuk tujuan yang serupa.

Penanaman tembakau dan getah ini telah bermula sebelum tahun 1980 kerana pasaran dunia telah merosot dan ditutup pada tahun 1930an. Bagi getah, dikekalkan kerana pasaran yang baik sehingga kedatangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Mengikut cerita yang dipetik daripada masyarakat tempatan, sebuah Lorong Arang Batu juga telah dibuka di Tanjung Batu oleh sebuah Syarikat Inggeris semasa Charterd Company. Adalah dipercayai bahawa lombong ini telah ditutup sebelum tahun 1920an (Kota Marudu Dalam Seratus Tahun : 28)






1926
Pokok Jati (Tectona Grandis LinnF) yang terdapat di Pusat Informasi Jati (PIJ) Kota Marudu merupakan tanaman peninggalan oleh Syarikat Tembakau Belanda (Dutch Tobacco Company) yang telah wujud sejak sekitar tahun 1926. Pokok jati ditanam sebagai pelindung tanaman tembakau disamping daunnya digunakan untuk membungkus daun tembakau yang diproses. Jenis jati ini berasal dari Indonesia.

Menurut sumber tampatan, tapak PIJ adalah bekas tapak tamu jualan dimasa ketika zaman penjajahan. Saudagar-saudagar daripada Jesselton, Kudat, Pitas, Kota Belud dan Bandau (Kota Marudu) Memperdagangkan (Barter trade) barangan mereka. Pada waktu itu, tapak tamu ini juga menjadi laluan (Gateway to Bandau) ke Pekan Kota Marudu. Pada asalnya, keluasan tanaman jati ialah 40 ha (Hektar) tetapi semasa Perang Dunia Kedua sebahagian besar telah ditumbangkan untuk kegunaan sebagai tiang elektrik dan telefon.
Sumber Rujukan : JS, Buku Tahunan JPM 2008
                                 Buku Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2006 K.M

1 comments:

  1. boleh tolong bagi saya sejarah hotel marudu inn tak sbb saya perlu untuk projek akhir saya

    ReplyDelete

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...