Thursday, April 14, 2011

Artis dari Kota Marudu: Freddy Mojuru

Freddy Mojuru berimej rock

Mari berkenalan dengan seorang lagi artis Sabahan iaitu Freddy Mojuru yang berasal dari Kota Marudu, Sabah. Beliau merupakan artis yang menyanyikan lagu “Cinta 3 Segi” versi dusun yang selalu dimainkan di Radio Online Sabahan.FM. Jom kita lihat profil beliau sambil berkenalan dengan beliau.

Nama asal beliau ialah Freddy Mojuru atau lebih senang dikenali sebagai Edy.Beliau berasal dari Kampung Boluot, Kota Marudu dan dilahirkan pada 24/12/1986.


Beliau menceburi bidang nyanyian ini seawal tahun 2008 lagi bermula di Johor dan Singapura. Album pertama beliau ialah Perwira Kampung yang direalisasikan pada tahun 2008 dan dijangkakan album kedua beliau akan direalisasikan pada pertengahan tahun 2011 ini. Album yang kedua ini hasil kerjasama dengan RGS Production.

Harapan beliau semoga album kedua tersebut mendapat sambutan lebih baik dari album sebelum ini.Ditanya mengenai genre muzik untuk album yang kedua ini,Edy mengatakan beliau akan tampil dengan imej terbaru iaitu lebih kepada genre muzik POP.


Untuk menghubungi Freddy Mojuru @ Edy bolehlah email beliau di freddymojuru@hotmail.com ataupun terus ke laman facebook beliau http://www.facebook.com/profile.php?id=100001769439274 .

Ada banyak video beliau di youtube. Kalian tinggal cuma cari saja. hehehe

Sumber: http://www.sabahan.fm/




0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...