Friday, April 15, 2011

Sejarah Balai Bomba & Penyelamat Kota Marudu



Balai Bomba Dan Penyelamat Kota Marudu mula di bina pada tahun 1994 dan siap pembinaannya pada awal tahun 1996.Ianya terdiri daripada tiga buah bangunan utama iaitu Bangunan Pejabat, Bangunan barek yang mempunyai 16 unit bagi menempatkan pegawai dan anggota dan Hose Tower.

Pada awal tahun 1996, apabila bangunan ini diserahkan kepada pihak jabatan, maka dua orang anggota iaitu Ketua Ahli Bomba Andreas Anggang dan Ahli Bomba Asip Kaibin telah diarah untuk menjaga balai ini sementara menunggu kelengkapan dan keanggotaan dari ibu pejabat.

Pada 2hb. Jun 1996, balai ini rasmi dilengkapkan dengan kemudahan kebombaan dan keanggotaan. Pegawai Penjaga Balai PB. Juam Gabu telah diarah untuk merealisasikan peranan Jabatan Bomba Dan Penyelamat di Kota Marudu dengan keanggotaan seramai 25 orang anggota terdiri daripada lain-lain pangkat dari ahli bomba hingga ke pegawai bomba.

Pada Julai 1998 balai ini telah dibekalkan dengan beberapa kelengkapan kebombaan iaitu terdiri daripada sebuah Water Tander, sebuah Land Rover dan sebuah van Isuzu. Pada 6hb. Julai 1998, PB. Juam Gabu, selaku pegawai penjaga balai telah membuat surat pekeliling kepada semua ketua-ketua jabatan persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi swasta, perkhidmatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Kota Marudu mula beroperasi selama 24 jam iaitu dibahagikan kepada dua keluaran iaitu skuad 'A' dan 'B'.


0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...