Tuesday, April 12, 2011

Asal Usul Nama Kampung Salimandut


Nama Kampung Salimandut diambil sempena satu peristiwa yang berlaku di kawasan ini pada masa dahulu. Dalam keadaan yang serba kekurangan dan musim kemarau panjang yang melanda kawasan ini, penduduk di kawasan ini berdepan dengan kebuluran. Ini kerana tanaman padi yang mereka usahakan tidak memberikan hasil dan mati akibat cuaca yang panas dan hujan yang tidak turun.

Oleh itu, penduduk mencari jalan untuk mendapatkan sumber makanan lain di hutan. Secara kebetulan penduduk menjumpai sejenis tumbuhan seperti keladi yang dipanggil ‘Tondut’ di tebing sungai-sungai di kawasan hutan itu. Namun tumbuhan ini tidak boleh dimakan begitu sahaja kerana mempunyai bisa. Salah seorang penduduk merendamkan tumbuhan ini di sungai dan selepas beberapa hari dia mendapati bisa pada tumbuhan itu hilang. Selepas itu barulah tumbuhan itu dapat dijadikan sebagai makanan. Berdasarkan kejadian itu, gabungan kejadian merendam, sungai dan ‘Tondut’ menghasilkan nama ‘Salimandut’ yang kini menjadi nama rasmi kampung itu.

Sumber: Kampung Salimandut

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...