Tuesday, April 12, 2011

Asal Usul Nama Kampung Morion

Menurut cerita:
Versi Pertama:
Asal usul nama Kg. Morion dikatakan berasal dari sebatang pokok yang dinamakan Pokok Mori. Pokok ini unik dan berbatang sangat besar. Pokok ini selalu disebut2 oleh orang ramai. Akhirnya terciptalah nama Morion. Yang -ON tu diambil dari Batiti-ON. (Kampung Batition terletak di sebelah Kampung Morion.)


Versi kedua:
Asal usul Kg Morion Berasal dari nama sungai (bawang).
Pada zaman dulu, kampung Morion termasuk dalam kawasan kampung Batition. Keluasan kg Batition pula besar. Jadi orang-orang kampung sepakat untuk membahagikan kampung Batition kepada 2 bahagian/kampung (pembahagian ini dikatakan ramai orang-orang di kawasan Morion ni hebat-hebat atau mungkin ada berlaku konfiik). Maka wujudlah Kampung Morion. Kebetulan terdapat sungai yang dikenali sebagai Morion di kawasan itu. Seterusnya Kawasan itu menjadi Kampung Morion sehingga sekarang.

Mungkin nama utk MORION tu berasal dari asal usul dari cerita versi pertama iaitu dari nama sebatang pokok..

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...