Tuesday, April 12, 2011

Cikgu Sabli Mohiddin pengasas nama Kota Marudu

CIKGU SABLI, BERJUANG TANPA BINTANG

Cikgu Sabli Mohiddin, Tokoh Guru Negeri Sabah 1984 ini telah menyumbangkan begitu banyak jasa dan bakti kepada bangsa dan negara. Beliau merupakan Setiausaha Penaja USNO ketika penubuhan USNO pada Jun 1961. Beliau memainkan peranan besar untuk memberikan kesedaran nasionalisme di kalangan rakyat Sabah.

Ramai orang yang tidak tahu bahawa Cikgu Sablilah orang yang mula-mula mencadangkan penukaran nama Bandau kepada nama barunya Kota Marudu. Cadangan itu kemudian dikemukakan oleh Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Haji Idrus Matakim kepada kabinet dan disetujui pada tahun 1974.

Sabli Mohiddin dilahirkan pada 16 Januari 1936 di Pekan Tuaran.Beliau mendapat pendidikan awal di GPS Tuaran dan lulus dalam darjah lima pada tahun 1952. Cikgu Sabli kemudian menerima latihan perguruan di Maktab Kent Tuaran pada tahun 1954. Sebelum itu, beliau pernah bertugas di beberapa daerah, bermula sebagai guru pelatih di GPS Gadong Beaufort pada 1953. Selepas lulus dari Maktab Kent pada 1955, beliau bertugas sebagai penolong kanan di GPS Rampazan Papar pada 1957 dan kemudian di GPS Nunuyan Laut Sandakan. Tidak lama kemudian beliau dipindahkan ke GPS Berhala Darat sebelum bertukar ke GPS Pekan Kudat pada 1 Jun 1959. Ketika bertugas di Kudat, beliau terpilih sebagai Setiausaha Penaja USNO yang pertama, dan pelantikannya itulah yang kemudian menghantarkannya memasuki gerbang pengalaman yang pelbagai dalam perjuangan membela anak bangsa.

Utusan Borneo 9 April 2011

Ulasan saya:
Rupanya Cikgu Sabli yang mencadangkan supaya nama Bandau ditukar kepada nama baru/rasmi iaitu Kota Marudu. Info baru ni. Terima kasih.

Sumber: More Info: http://abdnaddin.blogspot.com/2011/04/cikgu-sabli-berjuang-tanpa-mengharap.html


0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...