Tuesday, April 5, 2011

Gambar Sekitar Shooting Filem Ulu Kukut

Ramai yang mau tahu ni, apa khabar Filem Ulu Kukut tu. Terbengkalai kah? berjaya kah?
atau hangat-hangat tahi ayam saja. Tersentak saya bila ada teman2 bertanyakan soalan mcm tu. Laser sikit mulut dorang. Lantas, saya pun cepat2 mencari info. Mana lagi kalau bukan di Facebook . heheh.. Memang terkejut. Iya. Terkejut sebab team Filem Ulu Kukut sedang shooting!! Malah, shooting untuk keseluruhan scenes filem ini hampir2 siap. Moga2 berjaya ditayangkan pada Mei 2011 seperti yang dijanjikan. :))))))


Syabas!

Tersenyum lebar bila nampak usaha team Ulu Kukut dalam menjayakan filem ini.

Pelakon & Teknikel Filem Ulu Kukut


Apa yang dirancang telah dilaksanakan dengan sebaiknya. Itu lah kata-kata yang wajar diberikan kepada Team Filem Ulu Kukut yang sedang dalam shooting. Nampaknya mereka bertungkus lumus dalam menjayakan filem ini.





Gambar mereka sekitar pengambaran Filem Ulu Kukut.
(untuk makluman semua gambar2 ini diperolehi daripada Facebook: Ulu Kukut Movie 2011)


Link










Sinopsis:

Ulu Kukut
Menceritakan tentang lima sahabat yang ingin menghadiri majlis, dianjurkan oleh rakan karib mereka Johan, yang baru balik bercuti dari Amerika Syarikat. Majlis atau party tersebut diadakan di sebuah banglow sewaan khas beliau, semata-mata untuk majlis tersebut yang terletak di kawasan terpencil diantara daerah Kota Marudu dan Kota Belud, SABAH.

Kegembiraan tidak terhingga antara mereka selepas mengetahui tentang berita bahawa rakan karib mereka itu akan balik apatah lagi menganjurkan ‘party’ meraikan percutian balik beliau.

Berkawan sejak di bangku sekolah lagi hinggalah ke universiti membuatkan perasaan mereka lebih gembira, tambahan pula mereka semua sudah hampir 5 tahun tidak berjumpa antara satu sama lain.

Kegembiraan bertukar panik selepas mereka mengetahui mereka sudah sesat dan mula didatangi makhluk yang tidak diingini. Apakah kesudahan dan cerita di sebalik kisah ini?, Saksikan dan alamilah bersama-sama ; Adam, Atika , Robert, Zul dan Audri di dalam filem “ULU KUKUT”……


Cabaran semasa Shooting

Macam-macam juga cabaran yang terpaksa mereka hadapi semasa shooting. Ini pun apa yang saya dengar dari Facebook. heheheh...

Misalnya, hujan lebat dan banjir yang melanda Sabah khusunya Kota Marudu pada bulan Mac sedikit sebanyak menyukarkan untuk shooting. Kawasan Ulu Kukut bukan saja tempat yang seram tapi sering dinaiki banjir. Seterusnya memutuskan satu-satunya jalan yang menghubungkan Kota Kinabalu-Kota Marudu.



Tiada tandas. hehehe. Itu lah cabaran yang dihadapi semasa shooting diluar (hutan, dalam kampung). Terpaksalah menahan buang air semasa ditempat yang tiada tandas. Atau main redah saja spot2 yang tersembunyi. hehehe.

Masing2 ada komitment sendiri. Iya.. barisan pelakon dan teknikal Filem ulu kukut ini masing2 ada profesion sendiri. Walaupun mereka sibuk dengan profesion masing2 tapi dorang tetap memberi kerjasama untuk menejayakan filem ini. Tahniah. Cabaran juga.

Disiplin pelakon. Agaknya macam mana disiplin pelakon tu ya. datang awal/lambat kah tempat shooting. Ingat/lupa kah skrip. atau macam.

dan macam2 cabaran yang dramatik, lucu, sedih pun ada. Itu semua cabaran.

Teringat saya dengan Filem Hikayat Merong Mahawangsa itu. Yusri dikatakan sangat2 stress dan tertekan semasa shooting dan edit filem itu. Macam2 cabaran yang beliau hadapi. Semoga untuk teknikel Filem Ulu Kukut ini dapat bekerja dengan ceria. Gitu :))))))

emm... mungkin ada 'cinta lokasi' yang mula berputik? heheheh. iya kan banyak berlaku di set pengambaran. Memey dan Norman Hakim becinta masa shooting drama Gerak khas tu lah.. hehehe. Kalau ada masa korang share2 lah kat semua orang. hehe

Anyway, Tahniah kepada anda semua.

Sumber: Facbook Ulu Kukut


0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...