Tuesday, April 12, 2011

Asal usul Nama Kampung Tingkalanon

Suatu ketika dahulu, Kg. Tingkalanon, Tandek, Kota Marudu dikenali sebagai Kampung Lopungon. Nama ini diambil bersempena dengan sebuah kisah yang dialami oleh salah seorang penduduk kampung ini. Kisah bermula apabila seorang tua mahu berjumpa dengan salah seorang kawan yang tinggal di kawasan tersebut. Perjalanannya ke rumah kawan tersebut terhalang oleh sebatang pokok yang tumbang. Saiz pokok itu agak besar beliau tidak dapat melimpasinya. Melompat tidak boleh, apatah lagi untuk mengalihkan pokok tersebut. Akhirnya beliau membina tangga. Setelah berada di bahagian atas batang pokok, tiba-tiba batang tersebut bergerak.

Alangkah terkejutnya orang tua tersebut,melihat pokok yang boleh bergerak. Rupa-rupanya pokok tersebut adalah seekor ular sawa gergasi yang telah ditumbuhi lumut dan tumbuhan menjalar. Akhirnya orang tua tersebut menamakan kampung tersebut sebagai kampung Lopungon bersempena jenis ular tersebut iaitu Lopung (ular sawa) dalam bahasa dusun kimaragang.

Ketika zaman penjajah, seorang lelaki inggeris datang ke Kampung Lopungan lalu bertanya siapa pemilik tanah di kawasan itu.Pengiringnya memberitahu bahawa tanah kawasan itu dimiliki oleh seorang lelaki bernama Tingkah.
" Tingkah land" kata si orang putih.
Akhirnya nama itu terus melekat hingga ke hari ini, iaitu " Kampung Tingkalanon". Kini generasi muda Kampung Tingkalanon hanya biasa dengan sebutan Kampung Tingkalanon. Kampung Lopungon telah dilupakan.

Sumber: Kampung Tingkalanon



0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...