Friday, July 15, 2011

Affendy Stephens, Bekas wakil rakyat Marudu

Masihkah kita ingat Affendy Stephens? Beliau adalah bekas ahli Parlimen Marudu, Sabah (1982-1986). Jasanya kepada Marudu tetap diingati. Beliau meninggal dunia pada 15 April 2009 sewaktu bercuti di Singapura.



The Late Hj. Affendi Bin Tun Mohd Fuad Stephens

Affendy Stephens adalah bekas ahli Parlimen Marudu, Sabah, Malaysia. Beliau merupakan anak kedua bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Mohammad Fuad Stephens.

Beliau adalah antara Ahli Parlimen paling muda di Malaysia, bertanding atas tiket Parti Berjaya ketika berusia 23 tahun pada 1982 dan berkhidmat selama satu penggal (1982-1986). Affendy kemudian menyertai UMNO pada 1991.

Pada 15 April 2009, Affendy meninggal dunia akibat masalah jantung ketika sedang bercuti di Singapura bersama keluarganya. Beliau berusia 50 tahun. Beliau meninggalkan seorang isteri Zalina Kamal, dan tiga anak perempuan berusia antara tiga dan 15 tahun.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Ampang.



Laporan Akhbar:

Bekas wakil rakyat Marudu meninggal

KOTA KINABALU 16 April 2009 - Bekas Anggota Parlimen Marudu, Affendy Stephens, anak kedua bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Allahyarham Tun Mohammed Fuad Stephens, meninggal dunia akibat masalah jantung kira-kira 4 pagi ini ketika sedang bercuti di Singapura bersama keluarganya.

Affendy, 50, meninggalkan seorang isteri, Zalina Kamal serta tiga anak perempuan berusia antara tiga dan 15 tahun.

Beliau adalah antara Anggota Parlimen paling muda di Malaysia yang dipilih sebagai Anggota Parlimen Marudu di bawah tiket Parti Berjaya ketika berusia 23 tahun pada 1982 dan berkhidmat selama satu penggal.

Affendy menyertai UMNO ketika parti itu melebarkan sayapnya ke Sabah pada 1991 dan menyandang pelbagai jawatan, termasuk Timbalan Ketua UMNO Bahagian Penampang dan Ketua Pemudanya sebelum berundur daripada aktif berpolitik.

Affendy adalah pengarah di beberapa syarikat di Kuala Lumpur dan Sabah.

Allahyarham juga bergiat dalam sukan terutama memegang jawatan Naib Presiden Persatuan Kriket Malaysia dan Presiden Persatuan Kriket Sabah.

Adik perempuan Allahyarham, Faridah Stephens berkata, Affendy mengalami kesukaran bernafas serta sakit dada dan mendapatkan rawatan di Mount Elizabeth Hospital di Singapura pada 9 April lalu.

Ibunya, Toh Puan Rahimah Stephens, seorang bekas menteri negeri dan anggota keluarga yang lain, bergegas ke Singapura pada Jumaat lepas untuk bersama dengan Allahyarham.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Ampang pada 9.30 pagi ini. - BERNAMA

Sumber: dari pelbagai sumber. Tq.



0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...