Rupanya di Kota Marudu sudah beberapa kali berjaya membuat rekod. buat rekod dalam THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS pulak tu. Bangga nih.
Kota Marudu: Tarian Tradisi Kaum - The Malaysia Book of Records 2011
Pada Pesta Kaamatan Peringkat Kota Marudu yang lalu telah memberi kenangan manis buat penduduk Kota Marudu apabila persembahan Tarian Tradisi selama 12jam tanpa henti berjaya dilaksanakan. Bermula pada tepat pukul 12 tengah malam 22 Mei - Pukul 12 tengah hari 22 Mei 2011. Ianya bertempat di Padang Astaka Kota Marudu yang turut dihadiri oleh ratusan penonton. Sebanyak 24 kumpulan penari dan pemuzik Kota Marudu mempersembahkan tarian dan muzik tradisi masing-masing. Majlis ini dirasmikan oleh Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, Montiri Sains, Teknologi om Inovasi Malaysia, merangkap MP P.168 Kota Marudu. Pengacara Majlis pula si Ampal@Abu Bakar Ela. Tahniah kepada semua.
Kesempata ini masih kita lihat pada tahun 2009 dan 2010 juga. Ada juga The Malaysia Book of Records dibuat rupanya di Kota Marudu.
Kota Marudu: Pesta Makan Jagung - The Malaysia Book of Records 2010
5 Disember 2010: Pesta Jagung di Kota Marudu mendapat perhatian apabila acara melakar sejarah sehingga dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records berjaya diadakan. Acara ini adalah acara memakan Jagung ( LARGEST 'CORN EATING' SIMULTANEOUSLY ) sebanyak 2010 tongkol jagung. Acara ini disertai oleh 2010 warga Kota Marudu dan ia amat membaggakan. Tahniah
Kota Marudu: Jagung Bakar Terbanyak - The Malaysia Book of Records 2009
Pesta Jagung mula diadakan di Kota Marudu pada tahun 2002. Idea ini tercetus apabila kerajaan menjalankan Kempen 1Daerah 1Produk. Kota Marudu memilih Jagung, Kudat memilih Kelapa (Pesta Kelapa), Ranau memilih Kubis (Pesta Kubis). Begitu juga dengan daerah2 lain yang memilih produk sendiri.
Ada lagi ka The Malaysia Book of Records yang dibuat di Kota Marudu? kalau korang tahu share la disini.
Sumber: Dari pelbagai sumber seperti Berita dan blog2. Thank you.
0 comments:
Post a Comment
Apa kata anda