Tapak pembuangan sampah di Kota Marudu terletak di Kampung Tambun. Tapak sampah ini terletak kira2 200 meter dari kawasan rumah penduduk. Penduduk kampung mendapat kesan buruk dari perkara ini dan meminta supaya tapak sampah ini dipindahkan ke tempat lain.
Bukan mudah untuk mencari tempat untuk dijadikan tapak pembuangan/pelupusan sampah. Kerana semua tempat mendapat bantahan dari penduduk sekitar. Mudah2an setelah mendapat perhatian dari pelbagai pihak dan YAB, masalah ini dapat diselesaikan.
Petikan dari Laporan Akhbar:
Kementerian digesa sediakan dana untuk atasi malasah pelupusan sampah di Kota Marudu
Written by Raja on Wednesday, 27 April 2011 19:35
KOTA KINABALU - Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tandek Anita Baranting menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk segera memperuntukkan dana bagi menyelesaikan masalah tapak pelupusan sampah di Kota Marudu yang sudah berlarutan sejak sekian lama.
Beliau berkata tapak pelupusan sampah seluas 3 hektar di Pekan Lama Kota Marudu telah menjadi masalah kerana sudah melebihi kapasiti dan turut menggunakan kaedah pembakaran.
Bagaimanapun, katanya daerah Marudu, yang diwakili anggota Parlimen Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, telah melakukan pelbagai usaha untuk menyelesaikan masalah itu sejak 10 tahun, termasuk mengenal pasti tapak baru bagi pelupusan sampah.
"Tetapi tapak yang dicadangkan sama ada dibantah penduduk atau Jabatan Alam Sekitar berdasarkan Penilaian Kesan Alam Sekitar.
"Majlis Daerah Kota Marudu juga telah memohon untuk melaksanakan teknologi kitar semula sampah, iaitu versi mini sistem yang digunakan di Kayu Madang, Telipok, tetapi dana daripada kerajaan negeri atau persekutuan masih belum diluluskan," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri di sini pada Rabu.
Anita berkata satu tapak telah dikenal pasti di Pitas untuk digunakan bersama oleh majlis daerah Kota Marudu dan Pitas, tetapi tapak itu masih belum diukur. - BERNAMA
Semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.
Nasihat:
Warga Marudu janganlah terlampau banyak menghasilkan sampah. Jangan buang sampah merata-rata.
0 comments:
Post a Comment
Apa kata anda