Tuesday, July 19, 2011

Jabatan Pengairan & Saliran Kota Marudu


Info mengenai JPS Kota Marudu. terus baca ja.


Daerah Pentadbiran JPS Kota Marudu

Daerah Pentadbiran JPS Kota Marudu terletak di sebelah Pantai Barat-Utara Negeri Sabah lebih kurang 120 km dari Bandar Kota Kinabalu. Pejabat Daerah Pentadbiran JPS Kota Marudu terletak di Pekan Kota Marudu. Luas kawasan Daerah Pentadbiran JPS Kota Marudu merangkumi dua daerah iaitu Daerah Kota Marudu dan Daerah Pitas dengan jumlah keluasan lebih kurang 2,804 km². Petani-petani di sini aktif mengusahakan penanaman padi. Kemudahan pengairan disediakan di 5 skim pengairan dengan jumlah keluasan lebih kurang 2,910 ha.



Pejabat Daerah JPS Kota Marudu

Daerah Pentadbiran JPS Kota Marudu diketuai oleh
seorang Jurutera Pengairan dan Saliran, Gred J3. Beliau dibantu oleh 68 orang kakitangan sokongan yang lain. Kerja-kerja utama di daerah adalah:-
a) Merancang dan melaksanakan kerja-kerja Jabatan di peringkat daerah selaras dengan dasar dan fungsi Jabatan.

b) Mengendali dan menyelenggara Skim-skim Pengairan termasuk skim-skim pengairan kecil yang diusahakan oleh petani-petani secara kecil-kecilan untuk membantu menambahkan hasil keluaran padi mereka. Skim-skim Pengairan yang terdapat di Daerah Pentadbiran JPS Kota Marudu adalah seperti berikut:-


c) Mengendali dan menyelenggara sistem saliran utama bandar yang melibatkan parit-parit utama. Sementara itu parit-parit sekunder dan parit-parit perumahan diselenggarakan oleh pihak berkuasa tempatan. Parit-parit tepi jalanraya pula diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya.

d) Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pemeliharaan sungai. Kerja-kerja pemeliharaan sungai merupakan fungsi tradisi JPS yang penting. Di antara kerja-kerja yang terlibat adalah membersih sungai iaitu mengeluarkan sisa-sisa seperti kayu-kayu yang menyekat aliran air sungai, mengorek sungai serta meluruskan sungai. Secara purata Daerah Pentadbiran JPS Kota Marudu memelihara sebanyak 123 batang sungai sepanjang 231 km setiap tahun.


Sumber: JPS Kota Marudu



0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...