Thursday, July 14, 2011

Kota Marudu: Urusan Maybank dalam Pejabat Pos Kota Marudu


Sebelum2 ni banyak rungutan dari orang ramai kepada Maybank yang tidak membuka cawangan bank di Kota Marudu. Namun, kita faham bahawa Maybank benar2 mengambilkira banyak faktor2 sebelum membuka cawangan di sesebuah tempat. Itu untuk strategi mereka bagi mengelakan kerugian. Hamboiiii!! hahaha

Namun, baru2 ini (Jun 2011) Pos Malaysia Bhd. (Pos Malaysia) dan Malayan Banking Bhd. (Maybank) menjalinkan usahasama perkhidmatan perbankan dan menyasarkan untuk menawarkan perkhidmatan itu di 26 buah pejabat Pos Malaysia di seluruh Sabah. Dan salah satunya adalah Pejabat Pos Kota Marudu.

Kini warga Kota Marudu boleh berurusan dengan Maybank di Pejabat Pos Kota Marudu. Perkhidmatan yang disediakan seperti pengeluaran dan simpanan wang dan juga pembayaran tunai. Cuba lah datang di Pejabat Pos ok.


DAN


Dipetik dari dari Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 6 Jun – Pos Malaysia Bhd. (Pos Malaysia) dan Malayan Banking Bhd. (Maybank) menjalinkan usahasama perkhidmatan perbankan dan menyasarkan untuk menawarkan perkhidmatan itu di 26 buah pejabat Pos Malaysia di seluruh Sabah.

Maybank dalam kenyataannya di sini berkata, di bawah pakatan strategik yang dilancarkan di Kota Marudu baru-baru ini, Pos Malaysia akan menyediakan beberapa buah pejabat terpilihnya untuk perkhidmatan Maybank.

Katanya, Kota Marudu merupakan sebuah perbandaran eko pelancongan di kawasan pedalaman sejauh 130 kilometer dari Kota Kinabalu.

Perikanan dan pertanian terutamanya perladangan kelapa sawit dan getah menjadi aktiviti ekonomi terpenting di kawasan tersebut.

Majlis pelancaran perkhidmatan baharu di Kota Marudu, Sabah itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Anita Baranting.

Turut hadir ialah Ketua Pengagihan Komuniti Maybank, Mohd. Hanif Suadi dan Ketua Pegawai Operasi PosNiaga, Datuk Mearia Hamzah.

Perkhidmatan perbankan itu membenarkan para pelanggan terutamanya dari kawasan pedalaman menggunakan cawangan pejabat Pos Malaysia di seluruh Sabah.

Sementara itu, Mohd. Hanif menambah, kerjasama yang terbentuk ini menjadi sebahagian daripada strategi kemanusiaan dalam perkhidmatan kewangan sebagai akses mudah kepada semua pelanggan dan melengkapkan lagi 17 buah cawangan Maybank di Sabah.

Katanya, perkhidmatan perbankan Maybank di cawangan Pos Malaysia mengukuhkan komitmen bank untuk menjadi nadi kepada komuniti pelbagai segmen masyarakat.

“Kami berharap perkhidmatan yang disediakan seperti pengeluaran dan simpanan wang dan juga pembayaran tunai membantu memudahkan masyarakat Kota Marudu melaksanakan urusan kewangan yang diperlukan.

“Pihak Maybank dan Pos Malaysia juga bercadang menambah perkhidmatan tambahan seperti pemindahan wang dan juga pembukaan akaun simpanan dalam masa yang terdekat,” kata beliau.

Mohd. Hanif juga berharap perkhidmatan perbankan bersama ini dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat, selari dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan nikmat kemajuan ekonomi dapat dikecapi setiap rakyat.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Syed Faisal Albar dalam kenyataan berasingan di sini berkata, Pos Malaysia berpegang kepada prinsip untuk memberikan impak positif pada kelompok masyarakat di mana ia beroperasi.



ini screen shoot berita. yeah.. Kota Marudu masuk news. hahaha.


Mampukah Pihak Pejabat Pos Kota Marudu mengendalikan urusan Maybank itu? Cuma soalan uji minda saja.


Kini Maybank sudah faham bahawa warga Kota Marudu perlukan Maybank. Tq.
Tapi kami masih lagi berharap agar dibuka Cawangan Maybank.





2 comments:

  1. Buka cawangan mybank di kota marudu banyak bangunan kosong tu,pejabat pos? Mm;)

    ReplyDelete
  2. Sy slh sorg asal dr kota marudu, tp telah menetap d semenanjung slma brbelas² thun sbb kerja kt cna, skrg dh balik ke kota marudu smula sbb dh pencen, maybank ni smmgnya bank utama sy utk duit msuk gaji tiap² bln, dr dulu lg sy mnghrpkn maybank buka caw d kota marudu, tngu pny tngu, smpai ke pencen xwujud² lg, xpela ttp akn tngu gak, sbb duit gaji pencen sy msuk kt acc maybank..

    ReplyDelete

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...