Wednesday, April 2, 2014

Manfaatkan penubuhan GiatMara



KOTA MARUDU 28 Jan. - Masyarakat disaran agar memanfaatkan institusi kemahiran GiatMara kerana tujuan utama penubuhannya ialah untuk memberikan pendidikan bermutu, selain melahirkan usahawan berjaya.

Pengerusinya, Datuk Jaujan Sambakong berkata, GiatMara merupakan satu-satunya institusi kemahiran di dunia yang menyediakan latihan dengan percuma kepada pelatihnya.

“GiatMara tidak memerlukan apa-apa syarat akademik untuk memasukinya, yang penting anda merupakan warganegara dan berminat dalam kursus yang dipohon," katanya semasa merasmikan Majlis Graduasi 2013 Peringkat Zon 3 Giatmara Sabah, di sini semalam.

Jaujan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sulabayan turut menyampaikan sijil kepada 101 orang pelatih dari GiatMara Kota Marudu dan Kota Belud dalam majlis itu.
Yang turut hadir, Pengarah GiatMara negeri, Saflee Awang Damit.

Tambah Jaujan, sejak GiatMara ditubuhkan 28 tahun yang lalu, institusi itu berjaya melahirkan ramai pelatih yang berkemahiran dan mendapat pekerjaan selain sebahagian daripada mereka telah menjadi usahawan berjaya.

“Bidang kemahiran mampu memberi perubahan dalam hidup kita, kerana dengan latihan dan pendidikan yang kita kecapi, kita dapat mengenal pasti potensi diri dan dapat meletakkannya dalam posisi yang tepat untuk kemajuan negara," jelasnya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...