Sesampainya ke destinasi setelah melalui tiga buah bukit dengan laluannya yang berdebu, Mohd. Hassan Hussin, 35, bersalin pakaian untuk mendirikan solat.
Saya terpaksa membawa persalinan untuk solat kerana ketika pertama kali saya ke masjid itu setelah siap, sesampainya saya di sana, kain, baju, songkok semua di selaputi debu, dengan muka-muka saya sekali pun kelihatan macam Raja Kapoor," ujarnya berjenaka.
Samparita bukanlah sebuah kampung yang kecil, malah dianggarkan mempunyai ribuan penduduk termasuk 200 penduduk beragama Islam dan di kampung tersebut juga terdapat bangunan Sekolah Bestari yang tersergam megah.
Salah satu dilema yang dihadapi oleh penduduk Muslim Samparita adalah mereka tidak mempunyai surau untuk dijadikan tempat ibadah dan mengadakan kelas fardu ain dengan selesa.
Walau bagaimanapun, seorang saudara kita yang beragama Kristian sanggup memberi rumahnya untuk dijadikan surau buat kami di sini sementara menunggu belas kasihan daripada kerajaan," kata Timbalan Setiausaha Surau Samparita, Mohd. Yusof @ Moribin Abdullah, 43.
Mohd. Yusof menjelaskan, setakat ini mereka terpaksa menggunakan sistem patak-patak (mencari peruntukan dengan cara mengutip derma dalam kalangan mereka sendiri) untuk menyenggara
surau, seperti membuat tempat berwuduk, membeli zink dan membuat sistem perparitan yang baik.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan bahawa mereka pernah menerima kunjungan kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan pertubuhan bukan kerajaan Islam lain, namun belum ada keajaiban yang berlaku khususnya dalam merealisasikan harapan mereka untuk mendapatkan rumah ibadat.
Kami percaya mereka ini tahu apa keperluan kami di sini, dan saya percaya juga mereka telah melakukan usaha yang berterusan ke arah itu, tapi bila benda bukan rezeki, apa nak dikata?," ujar Mohd. Yusof seolah-olah mengeluh.
Meskipun surau berkenaan tidak mempunyai rupa bentuk seperti surau yang terdapat di tempat lain, tetapi para kariahnya tetap bersyukur kerana surau tersebut berupaya melahirkan insan yang bersungguh-sungguh mendalami agama Islam.
Menurut setiausaha surau itu, Loniah Masingkang, 31, setakat ini mereka berjaya menghantar dua orang pelajar ke Pusat Latihan Dakwah Sikuati dekat sini, serta para kariah surau telah menyertai perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah baru-baru ini.
Dari sehari ke sehari Islam terus berkembang di Samparita, maknanya surau kami yang kecil ini pun akan bertambah sesak dan tidak mungkin memuatkan kariah yang ramai. Kerajaan perlu berbuat sesuatu demi perkembangan agama yang mulia ini," jelas Loniah.
Untuk rekod, isu mengenai surau Samparita ini pernah dipaparkan melalui akhbar ini pada November tahun lalu, namun belum mendapat respons positif daripada pihak-pihak berkaitan.
0 comments:
Post a Comment
Apa kata anda