Betul kah ini?
KOTA MARUDU, 3 Mei, (Bernama) -- Kolej Komuniti Kota Marudu yang akan
membuka pintunya tidak lama lagi, bukan sahaja memberi peluang kepada parapelajar Kota Marudu meneruskan pendidikan tetapi juga untuk mereka yang tinggal
di bahagian utara Sabah.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata
kolej komuniti itu merupakan satu impian yang menjadi kenyataan bagi Kota Marudu
dan bakal membantu sasarannya menjadi hab pendidikan bagi bahagian utara Sabah.
Pejabat pentadbiran kolej itu akan memulakan operasi tidak lama lagi
manakala pengambilan pertama pelajar akan bermula Oktober ini.
"Kota Marudu memerlukan Kolej Komuniti untuk menggalakkan orang muda
meneruskan pendidikan dan memperoleh kemahiran dan bukannya menamatkan
pendidikan formal mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM).
"Ia juga lebih murah dan mudah bagi mereka untuk belajar di kampung halaman
mereka sendiri atau berdekatan tanpa perlu ke kolej di semenanjung," katanya
pada Program Rakyat Bersama Kolej Komuniti di tapak kampus sementara
yang terletak di kawasan komersial baharu di sini.
Ongkili, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kota
Marudu berkata pendidikan perlu menjadi keutamaan dalam usaha untuk membangunkan
masyarakat dan kemajuan di Kota Marudu, yang perlu seiring dengan pengeluaran
yang lebih ramai tenaga mahir dan berpendidikan.
Beliau berkata kursus latihan teknikal dan vokasional yang akan ditawarkan
akan memenuhi keperluan pasaran serta boleh dibangunkan berdasarkan
bidang-bidang yang mempunyai kekuatan di kawasan itu.
Sebagai contoh, pelajar boleh diajar bagaimana untuk menghasilkan ''sigar''
(tanjak tradisional Kadazandusun) atau gong yang memeng terkenal pengeluarannya
di Kota Marudu, katanya dan menambah bahawa kemahiran ini boleh ditingkatkan
dengan penggunaan kaedah moden.
-- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment
Apa kata anda