Monday, May 27, 2013

Polis cekup tiga lelaki curi alat ganti


Polis cekup tiga lelaki curi alat ganti

May 16, 2013, Thursday
KOTA MARUDU: Tiga lelaki ditahan secara berasingan setelah dipercayai terlibat dengan insiden mencuri alat ganti kenderaan dan jentera berat terpakai yang membabitkan kerugian hampir RM100,000 di Kampung Kasagaan, Pitas dekat sini.

Dalam kejadian pada 11 Mei lalu sekitar jam 7 pagi itu, difahamkan mangsa, lelaki tempatan berusia 62 tahun, telah melaporkan kehilangan beberapa alat ganti di lokasi berkenaan.

Menurut mangsa yang merupakan pengurus premis berkenaan, dia telah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh para pekerjanya di bengkel yang terletak berhampiran kawasan kuari terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superitendan Mohd Isa Yusof berkata bertindak atas maklumat, pihaknya berjaya menahan tiga suspek di beberapa lokasi berasingan antara jam 10.30 pagi hingga 6 petang pada Ahad lalu.

“Kesemua yang ditahan adalah berumur 19 hingga 20 tahun di tiga lokasi berbeza kerana dipercayai terlibat dengan insiden ini.

“Mereka kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut,” katanya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Read more: http://www.theborneopost.com/2013/05/16/polis-cekup-tiga-lelaki-curi-alat-ganti/#ixzz2US8BRHNP

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...