KOTA MARUDU, 25 Mei (Bernama) -- Pembohongan pembangkang semasa kempen
pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bahawa pewartaan Taman Marin Tun Mustapha turut membabitkan pengambilan enam kilometer tanah bukan pantai termasuk di
Matunggong, gagal mempengaruhi pengundi di kawasan pantai.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili
berkata sebaliknya, "pengundi tidak terpengaruh dengan isu yang diada-adakan
oleh pembangkang untuk mengelirukan orang ramai, dan Barisan Nasional memperoleh
peningkatan undi majoriti di kawasan itu".
Ongkili yang juga anggota Parlimen Kota Marudu berkata demikian ketika
merasmikan Karnival Teluk Marudu di sini hari ini.
Teluk Marudu, meliputi Kudat, Pitas dan daerah Kota Marudu sehingga ke Pulau
Banggi, adalah sebahagian daripada pelantar benua lima negara dan Inisiatif Segi
Tiga Terumbu Karang, Perikanan dan Keselamatan Makanan.
Ia juga sebahagian daripada cadangan 1.02 juta hektar Taman Marin Tun
Mustapha di utara Sabah, yang menempatkan haiwan marin diancam kepupusan seperti
penyu agar dan dugong.
-- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment
Apa kata anda