Juara yang berada ditengah - Daphne Fay William Santor
Sebaik diumumkan sebagai juara Daphne melambai tangan kepada penonton
Peserta yang terpilh Top 5
Ini dia Peserta Top 12
26 Mei 2013,
Kota Marudu: Pesta Kaamatan berlangsung pada 25 -26 Mei 2013 bertempat di Padang Kota Marudu. Pelbagai acara menarik dijalankan seperti Sugandoi, Booth tercantik, lumba kerbau, tarik tali lelaki dan wanita dan sebagainya.
Paling menarik perhatian ialah Unduk Ngadau. Tahun ini pertandingan diadakan di astaka padang Kota Marudu. Sebelum ini biasa dibuat di dalam Dewan Komuniti KM.
Juara Unduk Ngadau Kaamatan Kota Marudu 2013 menjadi milik Daphne Fay William Santor yang berasal dari Kg Lotong. Cik Daphne akan mengalas cabaran Unduk Ngadau untuk peringkat negeri yang akan diadakan di KDCA nanti. Kami mengucapkan selamat berjaya.
Juara Sugandoi Kota Marudu 2013 milik Alwie Jusli. Beliau mewakili Kota Marudu ke Sugandoi peringkat negeri pada 25 Mei 2013. Semasa sesi saringan beliau berjaya ke Top 10 daripada 37 peserta seluruh daerah Sabah. Dalam final itu pula beliau mendapat tempat ke-5.
Kotobian Tadau Do Kaamatan 2013.
0 comments:
Post a Comment
Apa kata anda