Monday, May 27, 2013

Kota Marudu: Suami isteri dalang kegiatan pecah rumah ditahan

Suami isteri dalang kegiatan pecah rumah ditahan

KOTA MARUDU 18 Mei - Sepasang suami isteri ditahan semalam kerana dipercayai terlibat sebagai dalang utama lima kes pecah rumah di kawasan daerah ini.

Mereka yang berusia 41 dan 42 tahun itu ditahan hasil risikan dan maklumat awam di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Bunsadan di sini pukul 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Isa Yusof berkata, dalam serbuan itu polis menemukan barang kemas, komputer riba dan telefon bimbit bernilai lebih RM30,000.

"Kedua-dua mereka ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 0457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah,' katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...